Tampal luar jahanam, tampal dalam berjalan...

February 28, 2011

Assalamualaikum...

Aku dah jadi semakin malas untuk update blog.. dulu kalau lewat sehari, aku mesti meroyan nak update.. tapi sekarang lewat 2-3 hari pun aku buat tak tahu je.. tapi takpe, aku bukan mengejar trafik sangat.. afiqbukhari.com ni dah jadi personal blog aku da.. anytime, anywhere aku boleh update about anything yang aku suka.. there is no rules and regulations dah huhu.

Cerita hari ini, tayar kereta aku bocor lagi.. zzz.. dah berapa kali bocor dah.. aku ingat nak tukar kepada tayar 'sotong'.. tak payah nak susah-susah pergi isi angin tiap kali tayar kempis.. pijak paku @ batu tajam pun tak menjadi masalah.. tapi kereta bukan basikal untuk dipakaikan tayar sotong...  samalah macam lelaki bukan perempuan untuk dipakaikan pakaian wanita, vice versa...


Si tokey dengan bersungguh berkata, 'tukar tayar barulaa...'

Aku pula dengan bersungguh berkata, 'tokey, bunga tayar banyak cantik lagi ma.. tampal sudalaaa.. lain kali wa tukar tayar sama lu tokey..' .............. adat berniaga.. kena paksa baru boleh untung. kita plak janganla jadi macam lembu yang dicucuk hidungnya..


'berapa tokey?'

'semua sekali rm15..'

'aik tokey, biasa tampal rm5 ja. kenapa mahal sangat?'

'kita kena buka tayar, tampal dalam. lu dulu pernah tampal luar.. tapi sudah loose.. sekarang wa kena modified sikit dalam tayar, tampal yang lagi besar, baru ada sedap ma..'

'yaka tokey.. suka hatilah asal jangan tukar tayar sudah..'


Itu sebab aku update status dalam fb, 'tampal luar jahanam, tampal dalam berjalan'...

Psst~! test lisan mandarin nak dekat.. telinga belum mahir lagi nak menangkap..
15 komen bernas

Jangan...

February 24, 2011

Assalamualaikum...


Jangan dimakan makanan yang seharusnya tidak layak untuk dimakan...

Jangan disebut perkara yang kita tidak tahu akan kesahihannya...

Jangan dilihat perkara yang sepatutnya tidak patut dilihat...

Jangan didengar perkara yang seharusnya tidak patut didengar...

Jangan dibuat perkara yang mendatangkan kesusahan...

Jangan diikut perbuatan yang menyeksa diri...

Jangan dikejar benda yang tak seharusnya dikejar...

Jangan mengharap sesuatu yang kita tahu tidak ada sinarnya...


Jangan jangan jangannnn... aku tengok zaman sekarang, makin dilarang makin dibuat. apa pasal? ego? keberanian? keras kepala? atau gaya? mutu? keunggulan?

Psst~! makin aku elak, makin kuat ajakannya... lepas ni, straight aku kata NO!!!
21 komen bernas

My third language : Mandarin

February 21, 2011

Assalamualaikum dan ni hao...

Ni hao tu salam sejahtera.. kalau tambah ma kat belakang jadi "ni hao ma?"(awak apa khabar?) haha baru belajar sepatah perkataan mandarin dah nak praktik lebih-lebih.. eh bagus sangatlah tu daripada dok peram lama-lama sampai jadi busuk buat apa.. baik praktik lebih-lebih barulah senang ilmu tu nak keluar.. barulah tak tergagap-gagap nak mengingat bila nak jawab soalan..

Sebenarnya aku ada test mandarin minggu ni.. tu yang kena hafal sambil praktik.. den ni kadang-kadang fast learner, kadang-kadang jugak slow learner.. nak tak nak memang kena praktik habis-habisan.. kalau tak naya depan kertas soalan nanti, tercongok, terkebil-kebil tengok soalan..  dahla lecturernya strict dalam hal marking-memarking nih.. kena score weh, kalau tak padahhhh..

Teringat satu kisah tentang bahasa mandarin ni.. masa aku belajar akaun dulu, pakcik aku di UK sana tak habis-habis suruh belajar bahasa mandarin ni.. katanya kalau nak masuk bidang perniagaan, mandarin dengan english kena kuat.. kalau tak susah nak manage diri.. tapi biasalah, senang je jawapan aku bagi kat dia.. "tengoklah dulu macam mana..." nampak sangat dulu aku tak berminat dengan mandarin nih.. tapi sekarang, as a third language subject is compulsory, aku terpaksa memilih mandarin..

My pakcik, tahniah kerana impianmu supaya anak saudaramu ni belajar bahasa mandarin tercapai jua hehe...

Satu keputusan yang agak bijak jugaklah aku buat kerana aku tak menyesal memilih mandarin.. this language make me so excited!! first time masuk kelas mandarin, bibir nih habis terjuih ke depan dek kerana nak follow sangat si lecturer tuh sebut perkataan mandarin satu-persatu.. habis tersembur air liur.. tapi takpe, asalkan menarik.. keluar hingus pun aku sanggup nak belajar haha. so from now on, kalau aku ada terlepas tulis mandarin, sila komen dan tanya aku apa maksudnya... kalau aku dapat jawabla haha

Psst~! ling yi er san si wu liu qi ba jiu shi... kalau dulu, bila dengar je chinese people sebut nombor dalam mandarin, kita pun main sebut je.. asalkan bunyi sama, okla tuh huhu
29 komen bernas

Kenapa aku berblog?

February 18, 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah nak baik dari demam.. tapi simpton batuk tanpa henti-henti plak menyambung perjuangan si demam.. wuu dah bergelas-gelas air panas dan suam aku teguk, tak hilang-hilang gak nih.. setiap minit perlu bergerak ke sinki dapur untuk melepaskan kahak ewwwwww!! goli den.. apetah lagi kome semua kan harhar itupun normal jugaklah kawan..

Kenapa aku berblog? aku memang suka mengenang balik masa lampau. sebabnya banyak perkara lucu yang aku sendiri tak sedari bila ianya berlaku. so bila aku baca balik entry-entry terdahulu, confirm akan tersengih sorang2.. sengih tu kan satu sedekah, dan sengih juga merupakan salah satu cara untuk mengekalkan awet muda.. tak caya korang sengihla seharian.. agak-agak pipi korang nanti cramp tak? bila cramp tu maknanya otot-otot pipi korang berfungsi secara normal dan korang memang selayaknya digelar orang yang pemurah dengan senyuman haha.

Kenapa aku berblog? kalau ada sesuatu perkara yang aku nak kongsikan bersama dengan korang semua, blog ni lah jadi orang tengahnya. macam-macam aku boleh kongsi.. berita, cerita, pengumuman, nasihat, pengajaran, gambar, etc.. takde limit pun.. tapi janganlah over the limit. blog ni bukan tempat untuk mengaibkan orang, bukan tempat untuk menjatuhkan orang, dan bukan tempat untuk menghasut orang melakukan kejahatan.. biar kena dengan cara, barulah blog namanya...

Kenapa aku berblog? untuk mengisi masa lapang mungkin.. kalau dah takde kerja sangat tu, baiklah buat blog ni.. tulis something yang boleh menceriakan diri sendiri dan para pembaca. secara tak langsung, boleh memahirkan diri dalam bidang penulisan.. mula-mula memang bahasa market, lama-lama nanti penulisan tu bertukar menjadi bahasa shopping mall.. ada faham di situ? daripada tak formal terus menjadi formal. dulu aku memang tak reti nak menulis secara formal. ayat indah-indah bagai.. tapi sekarang ni, alhamdulillah aku dah boleh menulis dengan cara yang betul walaupun tak berapa nak betul sangat hehe.

Apa-apa pun tak salah sebenarnya kalau tak nak buat blog. blog ni sebagai supplement kepada aktiviti harian kita. daripada dok merempit, lumba haram, hisap dadah, jadi kutu berahak, main totomagnum, berjudi, etc, better buat blog. atleast dapat jugak ilmu sekeping dua yang berguna untuk dijadikan sebagai penyeri minda..

Psst~! ada sesetengah orang cakap, lelaki kalau tulis diari, dah boleh jadi perempuan.. kahkah! kolot sungguh pemikiran..
36 komen bernas

Bila orang kata aku HOT!

February 16, 2011

Assalamualaikum... yeker aku hot? hot macam Faizal Fredley, Nazirul Hazwan atau Pendekar Berkuda tak?

Hoho aku tak seHot dorang tu semua.. kali ni entry aku agak panas sedikit sebab aku deman.. fewww.. selama aku berblog, dah banyak kali aku published entry pasal demam. tak taulah dah berapa kali, tapi kalau rajin, tryla godek-godek afiqbukhari.com ni... cuba kira dah berapa kali aku demam. demam tu lah, demam ni lah... alhamdulillah setakat ni tak ada lagi demam yang teruk-teruk..

Demam ni biasanya didahului dengan selsema yang mengandungi hingus cair.. kalau tiba-tiba hingus tu mengalir secara lajunya menuruni bibir-bibir gebu korang, maka secara amnya, penyakit demam akan menyusul. ini semua hasil kajian daripada Prof. Madya Dr Afiq Bukhari di dalam bukunya yang bertajuk, "Simpton Hingus Cair Tambah Demam". dibantu oleh Datuk Naz Kacak serta beberapa orang lagi setiausahanya yang perasan hot!

Antara faktor-faktor yang mungkin menjadi sebab aku demam ialah aku tersalah port untuk study. meja kerusi ada tapi aku pergi port di ruang tamu yang hanyalah didekorasikan oleh tikar menkuang, kasut-kasut, debu-debu dan pelbagai lagi. oh demn! aku lupa yang aku alah kepada habuk dan sel-sel kotor yang berterbangan bebas di udara. ditambah dengan kelajuan kipas stage 5, berdesup habuk-habuk tersebut mengerumuni hidung aku..

Faktor yang kedua ialah, aku dengan sengaja menerima ajakan rakanku yang mengada-ngada nak beli handphone baru. mentang-mentang pinjaman ptptn dah nak masuk, macam-macam kau nak beli. hubung kait di antara ajakan rakanku dengan demam ialah aku dah lama tak menunggang motorsikal di tengah-tengah panas terik. yer, badan aku amat sensitif dengan perubahan suhu.. asyik-asyik duduk dalam aircond, mana tak berubah secara mendadak suhu badan ni..

Ok rasanya cukuplah dua faktor je. apa yang aku tahu, demam membuatkan sesorang itu tidak selesa dan apa sahaja yang dimakannya, mungkin akan diluakkan balik. ataupun seseorang itu mungkin juga akan berkata, 'kenapa aku rasa tawar je makanan ni??' normal lah tu kawan.. bila demam, tunas-tunas di lidah akan off-duty..

Psst~! bila demam ni, MC akan terus terbayang-bayang di mata.. huhu
32 komen bernas

The Chosen One - Muhammad Ya Rasul Allah

February 15, 2011

Assalamualaikum.. sama-samalah kita berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ 
"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".


In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you

On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Credits to Maher Zain dan Doa Harian

Psst~! aku naik saksi bahawa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH dan aku naik saksi bahawa NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH.
13 komen bernas

Katakan TIDAK kepada Hari Kekasih!

February 14, 2011

Assalamualaikum...

Cuma nak sampaikan satu pesanan ringkas kepada semua pasangan kekasih mahupun yang dah berkahwin, khususnya yang beragama ISLAM, SAY NO TO VALENTINE'S DAY. kenapa nak kena khususkan pada hari ni sahaja baru nak bagi bunga@anak patung bagai? hari-hari lain tak boleh bagi ke? takde plak tarikh dalam kalendar Islam kita wajib kena bagi tu semua kepada pasangan kekasih. syirik syirikkk! kalau mufti dah larang, ikut jela.. bukan untuk keburukkan, tapi kebaikkan kita semua yang bakal menempuh hari pembalasan nanti... Wallahualam..


Benda ni semua hanya menjerumuskan kepada perbuatan maksiat je.. cukup-cukupla sebelum ni dah buat dosa pegang tangan time dating, berdua-duaan... janganlah tambah dosa lagi dengan sambut hari kekasih. nonsense!! daripada buang duit belikan pasangan bunga mahal-mahal, patung cantik-cantik, baik simpan duit tu, kumpul dan buat hantaran untuk kahwin nanti, daripada haram terus jadi halal.

Psst~! kalau dah jodoh tu memang tak kemana...
29 komen bernas

Cocooning

February 12, 2011

Assalamualaikum...

Agak lama aku tak berceloteh di sini disebabkan kesibukkan dalam kehidupan seharian. dan dah lama aku tak enjoy-enjoy macam zaman sebelum aku berblog. kalau dulu, anytime aku boleh keluar tanpa paksaan dan komitmen yang lain. tapi sejak ada blog, kebanyakkan masa terluang habis kat blog. blog dalam laptop, laptop dalam bilik. so untuk menstabilkan balik lifestyle aku nih, aku kurangkan sedikit aktiviti dalam dunia blog dan tambahkan aktiviti-aktiviti di dalam dunia sebenar.

Agak terasa sebenarnya apabila salah seorang pensyarah aku menyebut perkataan 'cocooning' ketika menyampaikan syarahannya. faham apa maksud cocooning? maksudnya salah satu cara hidup seseorang manusia yang kurang bersosial dengan orang ramai. hidupnya cuma di dalam bilik@rumah semata-mata, bermain dengan laptop melayari dunia tanpa sempadan. kiranya tanpa makan dan minum pun korang boleh hidup hanya berbekalkan internet..

Sumber ihsan google

Tapi aku xdela sampai macam tu sekali, atleast makan dan minum terjaga. berak dan kencing terbasuh... aku bersosial juga tapi kurang seperti dulu. cuma sekarang ni baru nak mengelakkan diri daripada menjadi cocooning sebelum terlambat. bak kata pepatah, sebelum nasi mejadi bubur, baik makan sampai habis. adaka???

Pesan aku sebelum berundur, janganlah bersifat cocooning sangat. takut nanti bila dah lalat banyak keluar masuk ikut tingkap bilik, baru orang terperasan yang bilik tu 'berpenghuni'...

Psst~! seronok plak rasanya dapat bercuti di hujung minggu...
24 komen bernas

Nak Join Bloglist Krole Boleh?

February 10, 2011

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak join bloglist Krole boleh? hehe aku dah lama tak masuk contest, join mengejoin ni semua. so sorry pada yang pernah tag aku, tapi aku tak buat. aku perasan bloglist ni pun sebab si Erza dengan Bulan yang tag aku. pada korang berdua, jangan bergaduh k haha.

Oklah, senang je kalau nak join bloglist krole ni.. apa yang korang perlu buat, tampal banner bloglist krole macam aku buat kat bawah ni,


Lepas tu publish satu entry kreatif yang macam korang tengah baca sekarang ni then tag seorang member untuk membolehkan bloglist krole ni diketahui ramai. so aku nak tag Anishaway.. lepas dah tag, korang kena submit url entry 'korang' tu kat sini, Jom Join Bloglist Krole. siap! mudah kan?

So kepada siapa-siapa yang join, joinla. kembangkan lagi saluran blogwalking korang dengan cara yang macam ni. plus boleh tambahkan kenalan korang didalam dunia blog. blogger krole ni sempoi orangnya. peramah dan mesra alam :)

Psst~! tarikh tutup bloglist krole ni pada 11/2/2011, Jumaat. cepat join sementara peluang masih ada. :D
12 komen bernas

Neighbours From Hell

February 9, 2011

Tajuk entry hanyalah sekadar tajuk sahaja. bukannya betul-betul ada jiran dari neraka. aku ciplak tajuk ni dari sebuah game lama.. bayangkan, dah nak masuk 9 tahun, baru aku jumpa game best nih haha. kalau korang pernah tengok cerita Denis the Menace, si budak kecil nakal yang tak sengaja mengusik jirannya, game ni lebih kurang camtulah. mengusik jiran sebelah rumah, tapi dengan sengaja huhu.

Game ni memerlukan kita untuk berfikir macam mana nak mengusik jiran tu dengan hint-hint yang tertentu. kalau dia bagi tikus, macam mana nak usik jiran dengan tikus tu. kalau dia bagi berus gigi kotor, macam mana plak nak usik dia.. haa lebih kurang camtula. kena banyak berfikir. kebanyakkan mission dalam game ni agak mencabar. critical thinking jugaklah. cehh tak baik sungguh game ni suruh berfikir ke arah kenakalan haha.








Apa-apa pun, ini hanyalah sebuah permainan video yang sengaja direka untuk menghiburkan manusia. jangan diikut segala perbuatan nakal@jahat dalam game tersebut. anggaplah ianya sebagai satu bentuk hiburan semata-mata. hati jiran kita kena jaga. walaupun sehelai sahaja daun kering jatuh ke halaman jiran, perlu disapu sebagai tanda hormat dan menjaga perasaan. tanpa jiran, kita keseorangan.

Psst~! serius aku leka main game nih haha selamat semua mission dah habis. kalau tak, jahanammm.
27 komen bernas

Masalah Blogwalking

February 6, 2011

Assalamu'alaikum...

Hadoi, pendekar dah sound tepek kat chatbox aku, 'ang ni dah macam malas je nak bw ek??'... bw stand for blogwalking..

Haha kepada abang pendekar, aku bukannya malas. malah terlebih rajin sebenarnya. tapi biasalah, banyak kekangan@masalah daripada kelonggaran. ang tau dak kekangan dalam blogwalking ni sebenarnya banyak. kalau aku senaraikan, alamatnya muntah hijaulah blogger-blogger yang dah lama bertapak dalam dunia blog ni. serius benda-benda tu semua hanyalah repetition. tapi kalau nak aku senaraikan jugak, no hal. tapi jangan cop entry aku kali ni memboringkan k..


Yang pertama: aku nak blogwalking, tapi komputer aku ni cabok je. takat nak bukak page google dalam sesaat dua, tiada masalah. tapi yang menjadi masalahnya bila aku nak open blog yang berambu-ramba, salji dan hujan disana sini, dll.. perghh! berjanggut lebat aku nak tunggu. sabar bang, sat lagi blog tu bukakla.. tapi kalau dah sampai setengah jam tak bukak2 jugak, aku pangkah! kalau spesifikasi komputer power, masalah ni boleh diketepikan.


Yang kedua: aku nak blogwalking, tapi tak banyak masa la. ingatkan cuti panjang bolehla ngadap blog 24 jam. tapi apakan daya, aku ni manusia yang punya tanggungjawab bersama ahli-ahli keluarga dan masyarakat setempat. asal nak bukak blog je, trut truttttt! jom lepak minum? jom karok? jom makan luar? haaa takkan nak tolak ajakan kot. tu tak termasuk dengan assignment, kerja sekolah, kerja rumah.. abang pendekar paham yer setakat ni? haha


Yang ketiga: aku nak blogwalking, tapi internet pulak buat hal. kejap on, kejap off. maybe masalah modem kot. padahal stimix tu. kalau berukband, tak tahula aku nak kata apa. speed plak tak menentu. hajat di hati nak aje aku merantau ke europe tu. speed internet dorang superb. klik tak sampai sesaat, the whole page dah terbukak. siap dengan autoplay music, widget-widget kartun bagai. semuanya laju. agak-agak unifi laju giler tak?


Cukuplah tiga perkara ni je yang aku senaraikan. nak senarai banyak-banyak, takut ada yang repetition plak huhu. aku rasa korang semua mesti pernah alami apa yang aku alami sekarang ni. kita ni manusia. ada yang biasa, ada yang istimewa, ada yang bijak pandai, ada yang terlebih pandai, dll.. tapi apa yang penting, blogginglah dengan aman, selesa dan berdisplin. setiap perkataan yang ditanamkan didalam blog, akan dibaca oleh semua lapisan masyarakat.

Aku harap abang pendekar kita faham la yer. korang pun kenala faham jugak haha. apa-apa pun aku nak minta maaf sekiranya ada di antara ayat-ayat aku membuatkan korang terasa. Wassalam..

Psst~! ni ada seorang hamba Allah yang buat aku sakit hati. nak disembur, tak sampai hati. sabar jela...
24 komen bernas

BBQ Siakap Tiga Rasa

February 5, 2011

Assalamualaikum...

Lama rasanya tak update blog. sampaikan ada yang bertanya bila nak update. hehe bila penyakit malas tu datang, nak tujah-tujah papan kekunci ni pun malas. nak buka blog pun malas. almaklumlah, cuti umum kan. blog aku pun kenala cuti umum. 2 hari je pun. so apa cer dengan korang punya cuti?

Cuti aku macam biasa je. biasa-biasa pun, bercuti jugak namanya. first day CNY, bbq menjadi pilihan. nak pergi bercuti jauh-jauh, hotel and chalet dah fully booked plus tak tahu nak pergi bercuti kat mana. so bbq lah yang terbaik. berkumpul bersama keluarga, pakcik makcik, dan saudara mara, join aktiviti bakar membakar ni. ayam, kambing, udang, sotong, jagung, wedges, hotdog, dll menjadi menu pilihan untuk dibakar sampai hangus haha

Hari kedua CNY, Pantai Jeram plak menjadi destinasi pilihan. pernah makan di Restoran Aroma Ikan Bakar? fuhh! rugila siapa-siapa yang tak pergi sana lagi. tempat tu dekat je dengan Klang, Kuala Selangor, Kampar.. betul-betul tepi laut. memang syok sungguh makan kat situ, dengan angin sepoi-sepoi bahasa, udara dari laut yang nyaman, restoran yang simple .. dan yang paling best, makanan laut yang fresh belaka. orang kata ikan siakap tiga rasa kat situ sedap, so kitorang pun orderlah menu tu.



Memang sedap! crunchy sungguh ikan siakap tu dorang masak. sampai ke sisik ikan ditelannya. sebenarnya ada je order menu best yang lain macam ikan cencaru, kepah, sotong tepung, dll.. tu kiranya supplement jela, sebagai penambah rasa. semuanya sedap! tak rugi dan berbaloi plak rasanya datang dari jauh semata-mata nak makan makanan laut yang fresh kat situ. harga pun ok je :)

So itu jela aktiviti2 aku pada cuti umum raya cina ni. tak termasuk mendownload cerita-cerita yang menarik untuk didownload di laman web teamaryzs.com. haha download, download jugak, dvd ori tetap kena beli :D

Psst~! kedudukan chatbox aku dah bertukar lagi. sila scroll sampai ke tengah page kalau nak tinggak jejak.
24 komen bernas

Selamat Tahun Baru Cina 2011, Khurafat, dan Surat.

February 2, 2011

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru Cina 2011

Apa plan di cuti-cuti raya cina kali ni? tak nak penuhkan jalan raya ke? tak nak penuhkan hotel-hotel, chalet-chalet dan rumah tumpangan ke? tak nak penuhkan masa cuti ke? mehla bercuti sakan bersama keluarga. bukannya selalu dapat berkumpul beramai-ramai. makan malam bersama, berhibur bersama, berlawak bersama, berehat bersama... tapi fuhh!

Nak pergi bercuti pun akan menjadi satu masalah kalau tak dirancang awal-awal. semuanya kena plan dengan betul dan teratur. kalau buat keputusan last minute, huru-hara la jadinya nanti. jalan jem la, bilik hotel fully booked la, macam-macam.. apa-apa pun, buatlah keputusan dengan bijak, jangan kerana kesalahan diri sendiri, salahkan orang lain. memang bara.. apa-apa pun, selamat tahun baru cina dan selamat bercuti :D

--------------------------------

Tahniah Mr. Syamsul Yusof

Aku dah lama tak tengok wayang. biasanya aku tunggu dvd keluar baru aku pergi beli dan tengok. tapi hari ni aku telah pecah tradisi, pergi tengok wayang. ceritanya khurafat. perghhh! duduk di seat paling hadapan. teleng dah kepala aku zzz.. aku nak suggest sikit kepada panggung wayang, tak payah jualla tiket untuk seat depan sekali, bukannya dapat tengok wayang dengan selesa pun.. dahla duduk depan sekali, screen plak besar, mata tak dapat nak fokus untuk the whole screen... serius aku tak dapat nak concentrate bila duduk di seat depan. customer is always right, rite?

Aku dengar cerita ni scary. scary tang mana aku tak tahu, itu pasal la aku pergi tengok.. bagi aku hantu dalam cerita tu memang agak menakutkan sebab suka muncul waktu kita tak suka dia muncul. memang melatah terkejut la. lepas tu pengisian cerita memang terbaik. banyak nasihat dan pengajaran yang kita boleh cedok. lagi satu aku tak sangka yang endingnya macam tu. macam mana? pergila tengok bagi siapa yang belum tengok lagi. rasai sendiri pengalaman berdepan dengan hantu, face to face.. memang patutla cerita khurafat dapat untung berjuta-juta, tahniah Mr. Syamsul Yusof!

--------------------------------

Surat

Setelah begitu lama menunggu surat daripada HSBC Bank Malaysia Berhad, akhirnya tiba jua ke tanganku. alhamdulillah, makin bertambah rezeki dari hari ke hari. terima kasih kepada Nuffnang dan my loyal readers. siapa kata dengan blogging, tak dapat nak menjana duit? sebenarnya boleh je kalau kena dengan cara dan usaha. tengok macam redmummy yang serba merah tu, pendapatan sebulan lebih dari RM10k kot. bagi golongan yang menafikan kenyataan 'blog boleh menjana pendapatan', anda adalah orang yang cepat berputus asa..

Dan surat kedua aku ialah surat konvokesyen. wuuuuu dah lama aku tunggu surat ni. penat lelah aku belajar selama ni akhirnya berhasil. dapat jugak aku konvo nanti macam orang lain. kalau tak, dulu gigit jari jela bila tengok gambar orang konvo. meleleh air liur huhu. kepada yang sudah konvo dan bakal konvo, tahniah dan kepada yang sedang berusaha untuk konvo, all the best and goodluck!

Psst~! 'kalau kail panjang sejengkal...... belila yang panjang sikitttt' haha tak boleh blah langsung pantun si nazmi raja lawak 5 nih.
30 komen bernas

Water Bed Prank

February 1, 2011

Assalamualaikum..

Kepada siapa-siapa yang belum tido, tak leh nak tido, baru nak tido, mehla layan video prank ni kejap. serius kelakar giler! haha



Amacam? agak-agak keluar air mata tak? memang kreatif tahap nakal sungguh si pemula idea prank nih. yang customer tu pun confident je nak try water bed tu haha alih-alih terkono kaw-kaw~!

Psst~! sorry yer pada pengguna broadband, kalau tak sayang bandwith, dipersilakan untuk klik butang play :D

Psst2~! gelak-gelak jugak, jangan lupa untuk mendoakan yang terbaik kepada yang sedang merana, sengsara dan tertekan di Egypt@Mesir sana.. semoga berakhir dengan cepat.. insyaAllah~
9 komen bernas