Hadoi, pendekar dah sound tepek kat chatbox aku, 'ang ni dah macam malas je nak bw ek??'... bw stand for blogwalking..
Haha kepada abang pendekar, aku bukannya malas. malah terlebih rajin sebenarnya. tapi biasalah, banyak kekangan@masalah daripada kelonggaran. ang tau dak kekangan dalam blogwalking ni sebenarnya banyak. kalau aku senaraikan, alamatnya muntah hijaulah blogger-blogger yang dah lama bertapak dalam dunia blog ni. serius benda-benda tu semua hanyalah repetition. tapi kalau nak aku senaraikan jugak, no hal. tapi jangan cop entry aku kali ni memboringkan k..
Yang pertama: aku nak blogwalking, tapi komputer aku ni cabok je. takat nak bukak page google dalam sesaat dua, tiada masalah. tapi yang menjadi masalahnya bila aku nak open blog yang berambu-ramba, salji dan hujan disana sini, dll.. perghh! berjanggut lebat aku nak tunggu. sabar bang, sat lagi blog tu bukakla.. tapi kalau dah sampai setengah jam tak bukak2 jugak, aku pangkah! kalau spesifikasi komputer power, masalah ni boleh diketepikan.
Yang kedua: aku nak blogwalking, tapi tak banyak masa la. ingatkan cuti panjang bolehla ngadap blog 24 jam. tapi apakan daya, aku ni manusia yang punya tanggungjawab bersama ahli-ahli keluarga dan masyarakat setempat. asal nak bukak blog je, trut truttttt! jom lepak minum? jom karok? jom makan luar? haaa takkan nak tolak ajakan kot. tu tak termasuk dengan assignment, kerja sekolah, kerja rumah.. abang pendekar paham yer setakat ni? haha
Yang ketiga: aku nak blogwalking, tapi internet pulak buat hal. kejap on, kejap off. maybe masalah modem kot. padahal stimix tu. kalau berukband, tak tahula aku nak kata apa. speed plak tak menentu. hajat di hati nak aje aku merantau ke europe tu. speed internet dorang superb. klik tak sampai sesaat, the whole page dah terbukak. siap dengan autoplay music, widget-widget kartun bagai. semuanya laju. agak-agak unifi laju giler tak?
Cukuplah tiga perkara ni je yang aku senaraikan. nak senarai banyak-banyak, takut ada yang repetition plak huhu. aku rasa korang semua mesti pernah alami apa yang aku alami sekarang ni. kita ni manusia. ada yang biasa, ada yang istimewa, ada yang bijak pandai, ada yang terlebih pandai, dll.. tapi apa yang penting, blogginglah dengan aman, selesa dan berdisplin. setiap perkataan yang ditanamkan didalam blog, akan dibaca oleh semua lapisan masyarakat.
Aku harap abang pendekar kita faham la yer. korang pun kenala faham jugak haha. apa-apa pun aku nak minta maaf sekiranya ada di antara ayat-ayat aku membuatkan korang terasa. Wassalam..
Psst~! ni ada seorang hamba Allah yang buat aku sakit hati. nak disembur, tak sampai hati. sabar jela...
24 komen bernas:
sabar2 . .
alololo kesian tau !!
biasalah kalau tak pat bw ni.. bukan kita sengaja :) aku kalau tak dpt bw bila brodban ni dah habis bandwith.. cam skang ni.. Kalau tetap nak bw, maka aku perlu tunggu dekat 10 minit untuk tunggu loading habis.. Kalau blog ringan takdalah lama sangat tapi kalu blog berat ni.. Ish...
salam afiq..shida stuju dgn afiq..
p/s:
blogwalking la secara berhemah ya..hihi
assalamualakum! masalah lah kita....nak blogwalking tapi esok dah sekolah!! huhhuhuhuh...ak jarang tinggalkan nama kt shoubox .janji ak baca blog org tue..hehe...
wa pun dah slow kan aktiviti bw ni. masalah antivirus aritu pun blum dapat diselesaikan lagi
hehhehe...betul sangat2 apa yg en.afiq kata..
biasa la tu banyak sangat masalah...ape kata kalau en. hasilkan satu bende yg leg gntikan brukbnd tadi...exmple:monkeyband
biarpun entry ni untuk abg pendekar..nak jugak komen panjang2. haha.
yang pertama : err..nak tengok sikit afiq ngan janggut panjangnya tu, haha.
yang kedua : oo..bab karok laju je ea. patut r ujan je sari dua ni. haha
yang ketiga : haha..nanti afiq ngan cik B***n boley la honeymoon kt europe ea. hahaha
sakit hati ngan sape tu fiq?banyak2 istighfar ea. haha
Yup.. i agree.. kita bukan blogger full time dok ngadap 24h kat laptop jer.. masing masing ada komitment.. so, hak individu masing masing la..
tidak blogwalking tak bermakna sombong @ pemalas.. kdg2 kita sebagai blogger kena memahami...
yang lambat loading tu paling tension....
terplgla...kaedah masing2...at least singgah gak kat blog owg tu tak gitu?
@najihah sahami
aih, nape dicensoredkan perkataan bulan tu haha ;p
@bukankosong
yup,as a silent reader :)
@Punca Utama | PU
suka dengan komen ni, sangat bernas :D
seksa sgguh nk bW arini, line slow giler ar, huh...
walupon ang ade masalah utk blogwalk, ang tak henti2 menyinggah kat blog aku. teharu dow.haahaha
ko nak sembur sape??bia aku sembur.
xpa2, ku memahami. hehe!
hepi blogging. ^^,
ble plak mls er? nmpk incik afiq slalu jaaa ada. XD
mmg betul ler apa yang lu cakap tu macam gua pun kadang2 sabtu ngan ahad tu ler masa nak berehat dan lepak ngan member2...
haha relaxla bro,mslh kt sme heheh lme giler xbw tp bkn sbb ape sbb mls je pn ngiahaha.. unifi laju dowh ! ahahah ;D
k.izan setuju ngan sume point afiq.
lagipun skrg ni dah tak rajin pulak nak bw beria-ia....
lagi suka jalan2 sambil tinggal komen kat blog yg best2 cam belog afiq nih~ ^_^
masaalah letak widget guna flash memang berat loading blog.kalau buka byk blog satu masa lagi berat.kadang saya disable loading imej dan cancel plugin container saja masa bw.bandwidth 5gb dlm seminggu dah habis.selalu bw dlm masa bandwidth kena limit
unifi okay saja :DDD
salam afiq...hehehe biasa r tu...yg pnting afiq hepy yeahhh!!!
fiq krole de bat kontest berminat x???
http://www.krolezone.com/2011/02/jom-join-bloglist-krole.html
kalau berat malas gak nak baca blog ni.hehe.penat nunggu
Katakan sesuatu...