Home » , , , » Kenapa Fraud Clicks Berbahaya?

Kenapa Fraud Clicks Berbahaya?

September 29, 2010

Assalamu'alaikum...

Nuffnang dah buat announcement tu..

Isu fraud clicks@click fraud ni sebenarnya dah lama bertapak dalam dunia pengiklanan online macam google adsense, nuffnang, bidvertiser dan mane2 lah yang seangkatan.. dan aku rasa ramai yang dah tau apa maksud fraud click.. untuk blogger baru, fraud clicks tu maksudnya dengan sengaja mengklik iklan dalam blog@website sendiri (dengan jumlah yang banyak dan x masuk akal) dengan tujuan untuk menaikkan CTR, clickthrough rate atau (dalam nuffnang, clickthrough ratio). tapi kalau kerana minat nak taw dengan lebih lanjut tentang iklan tu, x salah untuk klik. cuma jangan terlalu melampau. (yang ni aku belajar dari sis Dahlia)..

Aku ada kisah benar nak cerita dengan korang pasal fraud click ni.. dulu masa mula2 aku berblog, aku x kenal lagi nuffnang. aku hanya kenal goo*** ads**** je.. masa tu dalam tahun 2006 kalau x silap.. member aku ni memang kaki blog. dan memang kaki yang suka cari duit dengan cara online. dia lah yang kenalkan aku dengan blog.. dia ajar aku macam mana nak buat duit dengan goo*** ads****.. memang syok woo mase tuu..

Aku apalagi, jadi mata duitan la sebab mase tu, aku still student.. nak cari duit lebih la kan.. seminggu dua aku ngn member try cara tu.. berhasil woitt! memang bagi aku semangat untuk berblog.. duit terkumpul masa tu adala lebih kurang 4 ratus.. banyak kan? sampai masa aku nk cash out, goo*** hantar email yang tuduh aku buat fraud click.. so aku xdapat la nak cash out duit tu.. account aku pun terus kena delete.. huuu nak menangis pun ada sebab banyak masa terbuang bila buat benda tu.. sia-sia..

Lepas je daripada kes tu, aku stop blogging. aku stop semuanya yang ada dalam internet.. kira kes tu bagi aku pengajaran yang berguna untuk memulakan blog yang baru.. So jangan amalkan FRAUD CLICKS walaupun sekelik.. kesannya tersangatlah padah. korang nak ke nuffnang buang keahlian Glitterrati korang? aku xnak wei.. serik da dengan kes yang dulu tu.. skarang ni aku buat secara jujur. bukan nak kata aku ni skema, tapi untuk masa depan bersama nuffnang.. bro darkbatman ada cakap;

..sbb 2 ramai blogger lame ckp worth to stay with nuffnang.. sbb hasil kemudian hari sgt berbaloi cuma kn bykkan sbr..

haa tu orang lamo yang cakap.. kita ni masih baru, kalau nak jadi macam dorang, try ikut apa cakap dorang.. sabar tu yang penting sebenarnya :) so nasihat aku kat diri sendiri dan korang semua, JUJUR k.. kalau korang jujur, hasilnya amatlah berbaloi di kemudian hari nanti.. jangan klik iklan dalam blog korang sendiri dan jangan tubuhkan kumpulan yang berpakat untuk klik iklan masing2... kalau nuffnang dapat tau, abehla korang.. setengah harga jela korang dapat. x pun status keahlian korang dilucutkan..

Psst~! buat apa nak malu berterus terang kalau benda tu untuk kebaikan semua orang jugak..

14 komen bernas:

paan sabri said... [Reply to comment]

betul sangat tu.. aku dulu semangat je nak tgok earning hari2.. tp skg, da tak brape kesah dah. lg ske post entry pelik2 pastu org komen pelik2.. haha..

Afiq said... [Reply to comment]

@paan sabri
haha aku suka gak orang komen2 entry aku..barula terasa yg penulisan ni dihargai.. :D

Izan Ishak said... [Reply to comment]

afiq..rasanya tak sume org sedar pasal fraud click ni. sbb tu masih canang aku dah klik...ko klik balik ye...
betul tu...statement darkbatman mmg terkesan dihati...

*afiq dah tak guna disqus lagi? k.izan cam nak b uang Intense Debate tp malas pulak~~

darkbatman said... [Reply to comment]

hahaa..dlu nuff da penah kasi amarah..hahaaa

Afiq said... [Reply to comment]

@Izan Ishak
haah kak izan..afiq da buang disqus tu sbb ade orang komplen xleh nk komen..heehe

Afiq said... [Reply to comment]

@darkbatman
haha tula..tapi ramai jugak yg still buat benda yg sama.. :)

nabihah ramli said... [Reply to comment]

im a new blogger.xpaham lah..hehe..
xplain plsss.. :)

MissXYZ a.k.a Abaikan said... [Reply to comment]

ermmm btol tu.... cme rmai lg yg degil dok kabo da klik la ape la... ayoyoyoooooooooooo

p/s: hari ni miss berbuka mkn nasi beriani kambing alahaiiiiii syoknye kambing hihi

Afiq said... [Reply to comment]

@nabihah ramli
hehe sekarang ni, ramai yang tinggal jejak kat shoutmix, cakap saya dah klik iklan tu, klik iklan ni..sebenarnya xboleh.. jangan bgtahu langsung iklan apa yg kita klik.. kiranya macam kita menipu nuffnang.. so bila da menipu, rezeki yang kite dapat macam mana plak statusnye? :)

qaseh said... [Reply to comment]

xtaula plak cam tu..pape pon mekasih 4 da info

Afiq said... [Reply to comment]

@qaseh
same2 :)

LyNn HaMzAh said... [Reply to comment]

tq for the info...sangat2 la berguna...

kawan lama said... [Reply to comment]

huhuhuhu...afiq....dol mat tul ko.. saper ajar ko pasal go**le a*sens* agagagagaga.....wakakakkakaka....
nie ader ak wat blog baru... dtg jenguk2...

Afiq said... [Reply to comment]

@kawan lama
haha cehh..ade lagi ko.. download sweet song ade lagi ek wakakaka bgus2..msti gmpak giler da skng ;p

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog