Home » , » Susah sangat ke nak bergambar?

Susah sangat ke nak bergambar?

September 22, 2010

Assalamu'alaikum...

Weh afiq, meh r bergambar. buat kenang kenangan je... jawapan aku senang je, xnak r... aku bukan x suka bergambar, tapi aku bukan jenis yang fotogenik dan fotogedik hehe.. sebab bila depan kamera, aku jadi gelabah.. xtaw nak pose camna.. nak buat macam tu takut muka nampak pelik. nak buat macam ni, lagi la pelik. aku bukan alien..

Tapi kalau orang dah paksa2, aku terpaksa gak la sengih macam kerang busuk depan kamera tu. pada sapa2 yang pernah nampak gambar aku dalam facebook atau watermark untuk blog ni, sila abaikan sebab aku senyum x ikhlas tu haha.. sebab tu la, dalam blog aku ni, xde satu pun entry aku ada gambar aku. x percaya? tryla cari dalam blog ni. kalau jumpa, aku tabik korang seratus hari haha gurau jerk..

Masa kecik2 dulu, aku suka senyum bila orang nak gambar. almaklumla cute wakakaka!! perasan jantan x sedar diri.. tapi bila dah semakin membesar dan meningkat dewasa, manyak susah wooo nak bergambar.. jadi malu plak.. maybe dah puas bergambar masa kecik. ehehe kadang2 jeles gak tengok blog2 yang ada gambar muka tuan sendiri. nampak macam kreatif je. pose sana pose sini.. tapi tulah, aku x pandai untuk semua tu. ;p

So lepas ni kalau sapa2 yang ajak aku bergambar, paham2 jela ek.. kalau nak soh aku tolong tangkapkan gambar, tada hal... anytime je korang boleh mintak tolong!! itupun kalau korang sudila nak tengok hasil aku yang vibrate2 ni ;p

psst~! aku suka tengok gambar je.. lagi2 gambar sendiri sebab susah tu aku nak tangkap gambar sendiri haha

0 komen bernas:

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog