Home » , , , , , » Sambung Cuti Raya Pada Hari Malaysia

Sambung Cuti Raya Pada Hari Malaysia

September 16, 2010

Assalamu'alaikum...

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Sumber Wikipedia

Memang bercuti sakanla hari Malaysia tahun ni. terus sambung cuti dari cuti raya. hehe

Pada yang dah start kerja lepas raya hari tu, gunakan cuti umum Hari Malaysia ni dengan sebaik2nya. penuhkan dengan aktiviti2 yang berfaedah. sempena Hari Malaysia ni, elok sangat lah kalau dapat berkumpul dengan kawan2 yang berbeza kaum. barulah semangat 1 Malaysia. barulah x timbul isu perkauman. barulah x kecoh dalam facebook@surat khabar tentang bangsa ni hina bangsa tu. x bestlah gaduh2, perang2 mulut, tuduh itu tuduh ini.

Mesti best kalau semua dapat bersatu. kita ni sebenarnya saling memerlukan dalam Malaysia ni. x kiralah kaum melayu ke, india ke, cina ke. semua sama dan setaraf. semua ada mata, hidung, otak, dll.. kan? :) senyum 1 Malaysia dan selamat bercuti!

psst~! Jangan libatkan isu perkauman dalam segala situasi. tangani dengan bijak, gunakan otak sebelum bertindak...

0 komen bernas:

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog