Restoran Sekinchan Ikan Bakar

September 30, 2010

Assalamu'alaikum...

Start enjin kereta, keluar cari stesen minyak.. orang kata isi minyak memalam ni kuantiti minyak banyak sikit daripada isi time matahari dok terpacak atas kepala.. dalam perjalanan balik ke rumah, nampak satu kedai yang baru bukak.. ramai beb! sampai dekat je, gosok2 mata sikit, baru terperasan banner Sekinchan Ikan Bakar..


Walawehhh.. tempat aku skng da ade restoran ikan bakar r.. sebelum2 ni ade je tapi xde plak banner kedai dorang tulis ikan bakar.. kira yang ni official la sebab name restoran tu ada ikan bakar.. haha ramai weh!! ingat nak masuk je tengok lauk2 apa yg ada.. amek bau dulu ke.. baru leh promote kat family ngn korang.. haha tapi segan la pulok pasal ramai orang tengah pilih juadah. xpe r.. tengok dari luar pun dah kira bagus..

Ada sapa2 yang pernah cuba makan kat restoran Sekinchan Ikan Bakar ni? berbaloi x? sedap x? ingat nak try r sekali.. tempat pun grand, selesa, ada kipas, ada lampu.. complete set r orang kata.. aq google sekinchan ikan bakar.. perghh siap ada facebook Sekinchan Ikan Bakar lagi.. kena try ni! dia kate ada nasi lemak sekali..

Restoran ikan bakar tempat aku ni franchise dia yang baru rasenya, dekat Gombak.. dulu femes sekitar Titiwangsa je aku rasa..meh r datang, cuba makan kat situ.. lepas tu baru gtaw aku sedap ke x ;p bengong mu afiq, tempat dekat soh orang jauh plak datang heee

psst~! dah lame x makan ikan bakar.. dok bandar ni kalau nak cari makanan laut yg fresh memang x dapatla..
25 komen bernas

Banjir!

Assalamu'alaikum...

Semalam hujan.. hujan lebat giler.. da lame x hujan macam semalam.. tapi bukan masalah hujan sebenarnya penyebab banjir kat rumah aku. sebab sebelum2 ni pun pernah je hujan lebat macam tu.. x plak banjir sampai masuk ke dalam rumah. sampai ke dapur plak tu.. perghh..

Kalau air yang masuk tu air hujan je, xpela.. ni sampaikan air dalam pembetung pun masuk sekali.. wehh busuk kott.. masa dulu2 xpernah ada kes macam ni..sejak pembinaan kawasan rumah yang melampau di lereng bukit, habis jahanam rumah2 di kaki bukit.. cari untung, tapi akai xdak. pkla sikit kat rumah2 yang berkedudukan rendah ni..

Hari ni nk pegi report kat majlis pembandaran, nak suruh besarkan lagi longkang. nak report sama I**** Water, u punya saluran pembetung sudah x boleh nak tampung kuantiti air yang banyak dari hari ke hari.. pakai penutup besi pun, air still boleh tolak sampai terbukak.. kitorang dah xtahan!!






psst~! ada hikmah sebenarnya bile benda ni berlaku.. boleh cuci rumah sekali.. tapi yang xbestnya, ada perkakas elektrik yang jahanam bila air tu masuk ke dalam rumah. wuuuu
34 komen bernas

Kenapa Fraud Clicks Berbahaya?

September 29, 2010

Assalamu'alaikum...

Nuffnang dah buat announcement tu..

Isu fraud clicks@click fraud ni sebenarnya dah lama bertapak dalam dunia pengiklanan online macam google adsense, nuffnang, bidvertiser dan mane2 lah yang seangkatan.. dan aku rasa ramai yang dah tau apa maksud fraud click.. untuk blogger baru, fraud clicks tu maksudnya dengan sengaja mengklik iklan dalam blog@website sendiri (dengan jumlah yang banyak dan x masuk akal) dengan tujuan untuk menaikkan CTR, clickthrough rate atau (dalam nuffnang, clickthrough ratio). tapi kalau kerana minat nak taw dengan lebih lanjut tentang iklan tu, x salah untuk klik. cuma jangan terlalu melampau. (yang ni aku belajar dari sis Dahlia)..

Aku ada kisah benar nak cerita dengan korang pasal fraud click ni.. dulu masa mula2 aku berblog, aku x kenal lagi nuffnang. aku hanya kenal goo*** ads**** je.. masa tu dalam tahun 2006 kalau x silap.. member aku ni memang kaki blog. dan memang kaki yang suka cari duit dengan cara online. dia lah yang kenalkan aku dengan blog.. dia ajar aku macam mana nak buat duit dengan goo*** ads****.. memang syok woo mase tuu..

Aku apalagi, jadi mata duitan la sebab mase tu, aku still student.. nak cari duit lebih la kan.. seminggu dua aku ngn member try cara tu.. berhasil woitt! memang bagi aku semangat untuk berblog.. duit terkumpul masa tu adala lebih kurang 4 ratus.. banyak kan? sampai masa aku nk cash out, goo*** hantar email yang tuduh aku buat fraud click.. so aku xdapat la nak cash out duit tu.. account aku pun terus kena delete.. huuu nak menangis pun ada sebab banyak masa terbuang bila buat benda tu.. sia-sia..

Lepas je daripada kes tu, aku stop blogging. aku stop semuanya yang ada dalam internet.. kira kes tu bagi aku pengajaran yang berguna untuk memulakan blog yang baru.. So jangan amalkan FRAUD CLICKS walaupun sekelik.. kesannya tersangatlah padah. korang nak ke nuffnang buang keahlian Glitterrati korang? aku xnak wei.. serik da dengan kes yang dulu tu.. skarang ni aku buat secara jujur. bukan nak kata aku ni skema, tapi untuk masa depan bersama nuffnang.. bro darkbatman ada cakap;

..sbb 2 ramai blogger lame ckp worth to stay with nuffnang.. sbb hasil kemudian hari sgt berbaloi cuma kn bykkan sbr..

haa tu orang lamo yang cakap.. kita ni masih baru, kalau nak jadi macam dorang, try ikut apa cakap dorang.. sabar tu yang penting sebenarnya :) so nasihat aku kat diri sendiri dan korang semua, JUJUR k.. kalau korang jujur, hasilnya amatlah berbaloi di kemudian hari nanti.. jangan klik iklan dalam blog korang sendiri dan jangan tubuhkan kumpulan yang berpakat untuk klik iklan masing2... kalau nuffnang dapat tau, abehla korang.. setengah harga jela korang dapat. x pun status keahlian korang dilucutkan..

Psst~! buat apa nak malu berterus terang kalau benda tu untuk kebaikan semua orang jugak..
14 komen bernas

Goalkeeper Syok Sendiri

Haha syok sendiri betul goalkeeper ni.. bajet x gol la..padahalll..... malu wehhhhh!!


5 komen bernas

Aku Memang Berani...

Berani apa derr?? berani tengok hantu ke? perghhh kalau tang tu, mane aku berani.. nak buat entry hantu pun xde kudrat, meremang bulu roma bila nak menulis.. nak nak lagi dah pukul 12 tgh mlm ni.. maunya terkejut beranak 4 kalau si puaka tu menjelmakan diri..

Abeh ko berani ape? berani nak sunat sekali lagi ke? haha weyhh cukupla sekali.. manele sunat 2 kali, buang tebiat namanya tu.. dalam islam pun xsarankan kita sunat 2 kali, kecualila ada kes2 yang tertentu. haha seriau aku nk bersunat lagi..

Aku memang berani der... berani giler.. jalan2 sorang kat kawasan gelap pun aku berani redah.. tapi kali ni memang aku cukup berani.. berani mengalahkan tok penghulu turun padang nak kacau dodol.. lagi berani dari besi berani yang berani melekat2kan diri..

Aku meman..... woiiii! berani berani dari tadi.. cerita x jugak.. aku berani je sekarang ni nak hempok kepala ko ngn gitar kapok ni.. buang masa aku je dengar cerita ko yang xde kesudahan ni.. baik aku beranikan diri klik iklan kat blog2 orang.. xdela masa aku terbuang.

Derr, sat lerrr... ni ha.. aku berani.... aku beraniii... aku beraniiiiii amek gambar lipas dekat2!!!!! hahaha ko berani x????



Dah 3 hari lipas ni dok merayau2 dalam bilik aku.. puas aku halau.. nak jugak tido sekatil ngn aku..dala hari tu jari aku ko gigit.. ni katil aku pun ko nak rampas?? banyak cantik ko binatang.. p cari tempat lain.. bilik aku ni bersih derr, ko salah tempat!!!

Psst~! giler r wei, menggigil tangan aku masa nak amek gambar lipas ni.. takut dia hinggap kat tangan..fuhhh..
17 komen bernas

Bagaimana Nak Buat Pages Dalam Blogspot - Tutorial Bergambar

September 28, 2010

Assalamu'alaikum..


Ramai yang tanya macam mana nak buat ruangan 'Pages' macam kat sebelah kanan entry ni.. sebenarnya xdela payah sangat pun. blogger in draft sendiri yang sediakan widget tu.. pada blogger2 yang still menggunakan blogspot, anda semua dah boleh bertukar ke blogger in draft secara percuma. masuk ke ruangan dashboard, then tick kotak blogger in draft, di bahagian atas kanan ruangan dashboard blogspot...

gambar dari google, blog cikmin.com


Ok meh follow cara2 nak buat pages macam dalam blog afiqbukhari.com..
  • Masuk ke ruangan Dashboard, pilih New Post.
klik untuk tumbesaran

  • Cari tab 'Edit Pages' dan klik.
klik untuk tumbesaran

  • Klik New Page. korang leh buat pages, paling banyak pun dalam 10 page je..
klik untuk tumbesaran

  • Langkah seterusnya, sama macam korang nak publish entry baru.. isikan ruangan tajuk dan masukkan isi di dalam ruangan menulis tu.. korang leh masukkan embedded kod, link, gambar, n macam2 lagi.. Lepas dah siap, preview dulu then baru korang klik PUBLISH PAGE.
klik untuk tumbesaran

Hehe dah siap.. senang je kan.. ok kalau korang nak ubah kedudukan pages tu, korang masuk DESIGN > PAGE ELEMENTS. cari kat mana kedudukan pages korang dan klik 'edit'. kat situ korang boleh drag pages2 korang sama ada ke atas atau ke bawah.

klik untuk tumbesaran

Dan kalau korang nak kedudukan pages korang tu di atas post, just drag dari kedudukan asal sampai ke atas post. akhir sekali klik SAVE.

Psst~! macam biasa, kotak komen kat bawah ni je :) orang last yang bertanya tutorial ni ialah kak atie :)
32 komen bernas

Google Search Engine - Shortcuts @ Jalan Pintas

September 27, 2010

Assalamu'alaikum...

Pernah menggunakan internet? student? broker saham? penjual nasi ayam? pelancong? blogger tegar? mak? ayah? cikgu? haa aku rasa semua pernah even budak kecik pun tahu nak cari video doraemon kat mana. tapi korang tahu menggunakan internet secara tepat, cepat dan berkesan? hehe mesti ramai yang dah tahu. bukan susah pun nak guna internet ni. kalau nak search 'nasi ayam', bukak je page Google, then taip perkataan nasi ayam. nanti keluarlah berduyun2 list@website yang ada perkataan nasi ayam..

Tapi macam mana nak cari dalam satu website je? Ok straight to the point, bagi siapa2 yang x tahu atau x pernah nak amek tahu cara mudah dan singkat nak mencari sesuatu dalam internet, meh sini aku nak bgtahu.. benda ni senang je. free plak tu..

  • site : carian di dalam satu website sahaja. contohnya kalau nak cari perkataan kereta dalam mudah.my, just taip dalam kotak search google macam ni ; kereta site : mudah.my  
  • [#]...[#] carian diantara lingkungan nombor. maksudnya kalau korang nak beli kereta yang harganya dalam linkungan RM20000 hingga RM30000, just taip dalam kotak search google@yahoo macam ni; kereta RM20000...RM30000 
  • link : carian website yang ada link tertentu. contohnya kalau korang nak periksa website mana yang ada linkkan blog@website korang, just taip dalam kotak search google macam ni; link : www.afiqbukhari.com
  • info : carian maklumat tentang sesebuah website. contohnya nak cari maklumat tentang negara Malaysia, just taip dalam kotak search google macam ni; info : malaysia
  • related : carian website yang ada kena mengena dengan sesuatu website yang lain. contohnya kalau korang nak cari website yang bersangkut paut dengan mudah.my, korang just taip dalam kotak search google macam ni; related : mudah.my
Sumber - Google Help - Cheat Sheet

Amacam? korang dah try ke? ikut sebijik2 macam aku buat tu.. tryla dulu baru nampak hasilnya.. kalau nak tambah ilmu pengetahuan, kena banyak mencuba, try and error mat saleh kata. cara2 kat atas sangat berguna kalau kita ni jenis yang lurus, xnk ada satu pun yang bengkang bengkok... x faham? baik korang try dulu. then baru korang akan tahu kenapa aku maksudkan macam tu.. :)

Aku harap korang dapat memahami apa yang aku cuba sampaikan. benda2 ni semua boleh menjimatkan masa dan x memeningkan kepala otak kita. kalau x faham, kotak komen kat bawah ni ada je sedang menunggu :) lagi satu, cara ni aku rasa boleh diguna pakai dalam Yahoo jugak.

psst~! kepada para blogger yang suka blogwalking, aku rasa cara2 kat atas ni boleh membantu korang mencari blog@website yang backlinkkan url blog@website korang. xpercaya? cuba try :)
19 komen bernas

Budak Cute Buat Muka Selamba Main Drum

Huhu tajuk panjang tapi confirm entry pendek..yezz.. dah lama aku favoritekan video budak kecik ni dalam channel youtube aku.. aku memang suka tengok video budak ni berkali2 sebab dia menjadi inspirasi aku untuk mengetuk tong a.k.a drum haha btul weyh aku x tipu korang.. budak dalam video ni memang cute mute!! confident plak tu!







psst~! alahai comel budak nihh.. dik, abang nak pinjam ur smile leh? haha
11 komen bernas

Tikus Pakai Pampers Jenama Steelseries

September 26, 2010

Tikus pakai pampers?? ape korang ingat baby je ke yang pakai pampers? dulu aku ada bela tikus yang x berekor. dah tu sampai sekarang asek nk buang air merata je. sampai sakit2 tangan aku nak bersihkan badan tikus tu. si tikus tu plak asek sakit je..

Sejak aku belikan dia pampers, dia makin ceria. aktif bergerak ke sana ke mari.. lancar je pergerakan x macam dulu.. heee aku pun tumpang gembira la.. haha si tikus yang aku maksudkan ialah...



Tu ha mouse wireless aku, kan da pakai pampers bawah tu eheheehe.. mesti korang ingat lagi kan mouse yang aku beli dulu tu. kalau x ingat xpela :( ehehe petang tadi aku pergi lowyat.. ingat nak cari mouse pad satu.. xsedap la cursor bila xde mouse pad. asek lari2 je. geram plak aku.. tu yang beli satu, jenama steelseries.. harga pun leh tahan sakit kepala gak la, RM35 untuk sekeping mouse pad.. tapi xpe.. bia mahal asalkan puas hati untuk jangka masa yang lama..

Cuaca petang tadi pun agak best jugak..hujan tuuu.. ingat nak zzz jap. tapi sampai2 je umah, ade plak orang msg aku nak beli barang yang aku iklankan dalam mudah.my.. dia ajak jumpa sebab nak beli barang tu.. rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.. dengan rela hatinya aku bersetuju. ehehe alhamdulillah satu sesi perjumpaan yang dinamakan COD berjalan dengan lancar. thankx kepada pembeli, namanya Khairul.. korang x kenal pun. haha





psst~! pekena teh tarik ngn roti canai sedap jugak time2 hujan ni... slurppp.. mane bro curly ni r? kata nak lanje capati.. haha
24 komen bernas

Telur Rebus Direndam Dalam Air Coca Cola

September 25, 2010

Assalamu'alaikum...

Dulu kecoh pasal ejaan coca-cola ni ada maksud tersirat.. lepas tu orang buat kajian yang molekul2 dalam air coca cola akan mengembang bila di campur dengan gula2 mentos.. lepas tu timbul plak kisah yang minum coca cola ni akan buat gigi korang rosak... aku rasa air bergas mana2 pun akan buat gigi korang rosak jugak..

hurmm aku rasa betul.. perasan x lepas korang minum coca cola (aku rasa coca cola paling ketara selain daripada air bergas yang lain), gigi korang terasa kebas? atau rasa macam rapuh? kalau x rasa, gigi korang kuat kot.. huhu ape2 pun, jom tengok eksperimen bawah ni. telur direndam dalam coca cola selama setahun..




psst~! minum apa2 jenis air bergas pun, kadar gula tetap tinggi.. even dia kata 'less sugar', still jugak rasa manis.. berapa sangatla less dia tu.. aku terbaca satu statement, 'Pembunuh nombor satu umat islam di seluruh dunia. tidak diminum oleh golongan yahudi.' so kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman yer :)
34 komen bernas

Si Perogol Anak Kandung Dihukum Penjara 14,400 Tahun

MANILA: Seorang lelaki dihukum penjara 14,400 tahun kerana merogol anak remajanya hampir setiap malam selama setahun, kata pegawai perundangan, semalam, selepas mahkamah menolak rayuan dikemukakan tertuduh sebelum ini.
Lelaki terbabit - seorang penarik beca - menjadikan anaknya perempuan berusia 13 tahun sebagai pemuas nafsu ketika isterinya pergi ke Hong Kong untuk bekerja sebagai pembantu rumah.
Hakim Mahkamah Rayuan, Mario Guarina, berkata kes itu adalah yang paling serius dilakukan ke atas remaja dalam sejarah perundangan Filipina. Guarina mengekalkan sabitan mahkamah terdahulu pada Mac 2006 yang mendapati tertuduh bersalah atas 360 tuduhan rogol. Mahkamah juga mengarahkan dia dihukum penjara 40 tahun bagi setiap kesalahan.
Pada asalnya, penarik beca itu dihukum mati tetapi Filipina membatalkan pelaksanaan hukuman itu tiga bulan kemudian. Mahkamah diberitahu, bapa kepada tiga anak itu mula merogol mangsa pada Januari 2001 dan berlanjutan 368 hari. - AFP sumber - myMetro 

psst~! hang gilo ko apo pergi rogol anak sendiri selama setahun? hampir setiap malam plak tu.. memang padanla kena penjara 14,400 tahun. lame tuuu.. ko pun belum tentu dapat hidup lebih dari setahun..
12 komen bernas

iPhone 4 Untuk Dimenangi!

September 24, 2010

Assalamu'alaikum.. korang mesti ingat aku yang nak anjurkan contest iphone tu kan. xdela... sebenarnya ada iklan yang baru dari pihak Nuffnang iaitu Digi Postpaid.. so pihak Digi ni la yang anjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah iPhone 4.. beb!!! iPhone 4 tu.. sapa yang nak bagi free?



Link - Spesifikasi untuk iPhone 4

The iPhone 4 – it’s the phone that needs no introduction. We’re sure you all already know about the stunning Retina Display, FaceTime technology, iOS4 and the all-new iMovie for iPhone video editing software, packaged in the distinctive glass and steel form typical of Apple design. It’s THE phone to be seen with, and after an agonizingly long wait, it’s finally here on Malaysian soil. The best part? DiGi is generously giving away one iPhone 4 to a lucky Nuffnanger, so listen up real closely if you want in on this!

So untuk memenangi iPhone 4 tu, korang kena masuk contest yang dianjurkan oleh Digi.. macam mana nak masuk? aku rasa senang je cara dia. korang tengok kat screen shot bawah ni.. klik kalau nak lebih jelas :) baca jangan x baca..



Eh bukan tu aje syarat2nya, korang kenala jugak buat satu entry dengan tajuk 'Digi iPhone 4 Me'.. berkenaan dengan badge tu (3), korang kenala lawat sendiri page contest tu kat SINI.. ataupun klik je kat iklan2 Digi yang keluar kat dalam blog ni.. kat situ lagi banyak details dorang dah terangkan.. rugi weh kalau x join.. iPhone 4 tuuuu :D yang lagi bestnya, korang leh tulis entry dalam bahasa apa2 pun.. melayu, english, mandarin pun boleh.. so korang jangan terlepas peluang keemasan ni.. INGAT!! tarikh tutup penyertaan 1 October 2010.

Sebenarnya aku buat entry ni sebab aku dapat buffer dari nuffnang.. berkat hari jumaat yang mulia dan suci ni, alhamdulillah.. terima kasih bebanyak nuffnang.. korang memang terbaik... NUFFNANG! NUFFNANG! so pada mana2 tuan blog yang belom pasang iklan nuffnang dalam blog korang, sila pasang yer :D


psst~! sapa yang pernah pakai iphone versi sebelum ni? best x? aku rasa macam best.. :D
20 komen bernas

Shoutmix Versus Chatbox

September 23, 2010

Assalamu'alaikum... sejak 2 menjak ni, shoutmix asyik buat hal je. ade kena mengena dengan kes malware yang tengah syok merebak tu ke? atau maybe internet aku lembap? aku malas nak cari mana datang punca semua tu sebab aku taw ramai dah yang post entry berkenaan dengan solution untuk nyahsingkirkan malware tu.. thankx guys..

So untuk tidak menghampakan para2 pengunjung dan pembaca yang ingin meninggalkan jejak tanpa sebarang gangguan dalam afiqbukhari.com, aku dah letak lagi satu chatbox dari Cbox.. pada sapa2 yang dah perasan chatbox baru aku tu, ada sedikit pengubahsuaian di mana aku 'hotlinking' kan gambar(logo) Cbox terus ke chatbox baru aku tu. macam dalam gambar bawah ni.



Apa yang korang perlu buat kalau shoutmix buat hal? korang just klik kat gambar Cbox tu then dia akan bawak korang masuk ke satu pages khas untuk chatbox tu. senang kan? haha lagi satu sebab aku buat camtu, leh kurangkan masa loading page afiqbukhari.com..



Ade satu lagi masalah yang tengah berpusing2 dalam kepala otak aku ni.. masalah kelambatan loading untuk Disqus, ruangan komen aku. aku rasa macam lambat je nak keluar ruangan komen tu.. huuu aku tengah pertimbangkan untuk buang dan pakai semula sistem komen yang asal atau kekalkan..

psst~! x semua kelajuan internet sama.. ada yang laju tahap siput, ada yang lambat tahap kilat.. sama2 lah kita ubahsuai blog masing2 untuk kepentingan dan keselesaan bersama..
10 komen bernas

Susah sangat ke nak bergambar?

September 22, 2010

Assalamu'alaikum...

Weh afiq, meh r bergambar. buat kenang kenangan je... jawapan aku senang je, xnak r... aku bukan x suka bergambar, tapi aku bukan jenis yang fotogenik dan fotogedik hehe.. sebab bila depan kamera, aku jadi gelabah.. xtaw nak pose camna.. nak buat macam tu takut muka nampak pelik. nak buat macam ni, lagi la pelik. aku bukan alien..

Tapi kalau orang dah paksa2, aku terpaksa gak la sengih macam kerang busuk depan kamera tu. pada sapa2 yang pernah nampak gambar aku dalam facebook atau watermark untuk blog ni, sila abaikan sebab aku senyum x ikhlas tu haha.. sebab tu la, dalam blog aku ni, xde satu pun entry aku ada gambar aku. x percaya? tryla cari dalam blog ni. kalau jumpa, aku tabik korang seratus hari haha gurau jerk..

Masa kecik2 dulu, aku suka senyum bila orang nak gambar. almaklumla cute wakakaka!! perasan jantan x sedar diri.. tapi bila dah semakin membesar dan meningkat dewasa, manyak susah wooo nak bergambar.. jadi malu plak.. maybe dah puas bergambar masa kecik. ehehe kadang2 jeles gak tengok blog2 yang ada gambar muka tuan sendiri. nampak macam kreatif je. pose sana pose sini.. tapi tulah, aku x pandai untuk semua tu. ;p

So lepas ni kalau sapa2 yang ajak aku bergambar, paham2 jela ek.. kalau nak soh aku tolong tangkapkan gambar, tada hal... anytime je korang boleh mintak tolong!! itupun kalau korang sudila nak tengok hasil aku yang vibrate2 ni ;p

psst~! aku suka tengok gambar je.. lagi2 gambar sendiri sebab susah tu aku nak tangkap gambar sendiri haha
0 komen bernas

Al-Fatihah Buat Allahyarham...

September 21, 2010

Assalamu'alaikum...

Ni short entry je. just nak bgtaw adik kepada nenek sebelah ayah aku (Allahyarham Ayah Hassan, gelaran daripada kami semua untuk Allahyarham) meninggal dunia pada pukul 5 petang tadi.. apa yang aku dapat taw, Allahyarham meninggal dunia kerana buah pinggangnya rosak teruk dan tidak boleh berfungsi dengan sempurna lagi. doktor kata tiada harapan untuk buat dialisis buah pinggang kerana darah dah kotor dan beku..

Marilah kita sesama muslim menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham dan berdoa agar dia ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman, insyaAllah..

Al-Fatihah...

psst~! tatkala meruntun hati teringatkan kenangan bersama-sama dengan Allahyarham ketika dia masih sihat...
1 komen bernas

Kau Lelaki, Aku Pun Lelaki...

kau dan aku memang berbeza...
kadang engkau lelaki dan aku pula wanita...
terkadang pula aku lelaki dan sememangnya akan terus lelaki...
lelaki yang memang tidak akan menjadi wanita...
kerana aku memang lelaki sejak azali...

kadang lelaki perlukan kasih dan sayang...
kadang juga lelaki perlukan bimbingan yang mesra...
lelaki adalah tetap lelaki...
lelaki bukan sebarang lelaki...
lelaki tulen berani mati...

kau dan aku memang berbeza...
kita punya jiwa tapi tak serupa...
kau lemah lagi tak berdaya...
aku bangga...
aku bangga kerana kau telah ku!@#$%^..............




woi mat!!! gedebukkk dushhh!!! blah kau dari laptop aku.. sesuka hati je bukak laptop aku tanpa izin.. patutla aku cari laptop x jumpa. ko yang kidnap rupanye.... laaaa.. apa benda yang ko karang nih? arghhhh sadis betullaaaa, jiwang karat tahap arjuna plak ko.. baik aku lumur ko dengan klorin je. cehh.. laptop aku jadi tempat luahan hati ko ek.. dah aku nak CTRL A, then aku BACKSPACE.. pergi cari laptop orang lain plak.

lelaki itu bangun dan berlalu dengan kesedihan kerana kawan baiknya sendiri kedekut tahap hanjennn!!! nak berjiwang sekejap pun xleh, bukan bazir dakwat pun.. haprakk punya kawannn!! weiii ko pun berhutang dengan aku gak laa, x pernah plak aku berkira.. ceittt podahh!! sambil menendang pintu bilik yang memang sedia nak ditendang dan akhirnya jatuh menyembah bumi..

akhirnya 2 kawan baik mengakhiri malam itu dengan hati yang penuh dengan sumpah seranah, kau g!@$, kau s@#&$!... kurang pahala 2 sahabat untuk memaafkan sesama sendiri sebelum tidur... zzz..

psst~! short story di atas adalah rekaan semata2 ;p

0 komen bernas

Perkhidmatan PosLaju Bantu Aku Hantar Barang

September 20, 2010

Assalamu'alaikum...



Korang pernah jual barang secara online? x kisahlah jual apa pun. bagi sapa2 yang pernah, 2 terms ni memang korang dah familiar sangat2 dah, pos dan COD, cash on delivery. dalam menjalankan perniagaan secara online ni, korang lebih suka berurusan dengan cara apa?

Minggu ni saje dah 2 kali aku hantar barang pakai perkhidmatan poslaju.. sebelum2 ni kalau aku nak jual barang secara online, aku lebih prefer untuk berurusan secara COD.. sebab apa? sebabnya dengan cara COD ni aku leh berjumpa terus dengan pembeli, face to face.. then pembeli pun boleh terus tengok barang-barang tu before dorang nak bayar. baru 2-2 pihak puas hati!

Sebenarnya sebelum ni, aku x percaya langsung dengan perkhidmatan secara pos ni. sebab dah banyak kali aku dengar yang barang rosak atau jahanam bila sampai ke tangan pembeli. then mulala pembeli tu complain jual barang rosak la, tipu la, macam2 lagi la yang boleh buat gegendang telinga ni sakit. lepas tu siap2lah sebab segala informasi tentang penjual akan direveal ke serata dunia yang kata kau ni penipu. so untuk x memeningkan kepala aku, baik aku jual barang secara COD.



Berbalik kepada poslaju, aku gagahkan diri untuk menjual barang2 yang aku dah advertisedkan dalam lowyat forum secara pos setelah didesak oleh pembeli yang nak sangat membeli barang aku tu. so aku pun bersetuju. aku cakap kat dia, segala risiko masa barang tu dalam penghantaran, aku x tanggung. and you will have to make a payment first, then baru saya pos your barang. dalam hal ni, 2-2 pihak kena jujur, jangan nak tipu. sekali kau dah tipu orang, selama2nya orang x akan percaya kat kau lagi.

----------------------------------------------
Dengan bantuan encik google, sepantas kilat aku search poslaju untuk mengetahui kadar bayaran pos bagi setiap kilogram. lepas tu aku search plak pusat poslaju yang terdekat dengan rumah aku. bila dah tau maklumat untuk semua tu, aku bergegas plak ke kedai Buku Popular untuk membeli kertas minyak(cokelat atau putih) sebagai pembalut barang2 yang aku nak pos tu. x mahal pun,segulung dalam seringgit je, atau maybe lagi murah kat tempat korang.

Aku ni lelaki. ada lelaki yang berseni, ada yang x pandai berseni. dan aku ni dalam kategori yang x berseni sikit sebab x reti sangat nak balut kotak keras tu dengan kertas minyak secara kemas dan cantik. aku pulun je sebab nanti pembeli pun akan koyak jugak kertas minyak tu. so untuk apa balut cantik2? kalau buku teks ke, xpela gak pasal nak pakai lama haha tapi kalau korang nak balut cantik2 pun apa salahnya.

Bila dah siap balut, kena tulis plak details pembeli kat atas kotak tu macam nama pembeli, alamat penerima berserta poskod dan nombor telefon. tu semua penting. kalau  x tulis dengan betul, alamatnya x sampaila barang tu. aku tulis dengan permanent pen maker, besar2 plak tu haha lepas dah siap semua tu, apalagi, start enjin kereta terus pergi pusat poslaju yang dekat dengan rumah aku..

Sampai2 je sana, aku amek borang then isi apa yang patut. kalau korang x taw nak isi apa, tanya je staff2 poslaju yang ada kat situ, confirm dorang tolong punyalah. aku serahkan bungkusan tu kepada akak comel untuk ditimbang beratnya. dan akhir sekali akak comel tu kata, semua sekali RM5.60 je..murah kan? erkk haha yela kak. aku catit tracking number yang pada resit tu then aku text pembeli aku yang barang anda telah dipos. kalau dah sampai sila update saya yer :D saya jual!



Itu jelah sedikit sebanyak pengalaman pertama aku dalam menghantar barang secara pos ni.. kenapalah dulu aku anti sangat dengan perkataan pos. padahal dah banyak barang yang sampai ke sana, ke sini.. itulah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...

psst~! pembeli dah text aku, barang yang aku pos tu dah sampai. wahhh syukur alhamdulillah! sekarang tengah tunggu status untuk barang yang kedua plak.. harap2 sampai.
1 komen bernas

Mengantukla drive kereta time cuaca panas...

September 19, 2010

Assalamu'alaikum...


Camna nak bagi hilang ngantuk time driving r? lagi2 tengah panas ni.. aku dah pasang radio sekuat2nya.. bass radio pun dah sama taraf dengan bunyi ekjoz buluh aku tuh.. kan best kalau kete buruk aku ni ada sistem auto-pilot.. masuk2 je dalam kereta, set kemana destinasi yang nak dituju, start enjin, tido!! bukak2 mata je dah sampai.. best2!!

Aku ni kadang2 suka buat tips sendiri. kalau dah ngantuk sangat time drive tu, aku bukak tingkap then julurkan tangan keluar. sejuk je tangan kalau cuaca mendung + kabus. kalau panas, hitamla tangan haha tapi sambil2 tu leh sedut udara luar yang segar bugar tu.. aku rasa cara ni dah biasa sangat dah orang buat. lagi2 yang suka merokok time drive.


Tips yang kedua plak, aku akan tahan mata aku supaya jangan tertutup. cara ni bagi aku bermain ngn minda jugak. kalau otak dah set minda tu supaya jangan tutup mata, memang sepetlah mata jadinya sebab tahan ngantuk. kuyu je bila drive. tapi cara ni paling bahaya. jangan sesekali buat sebab kalau sekali dah tertutup mata tu, memang syoklah korang tertidur dan makin senangla kereta tu nak terbabas. so please dont try this in your car!

Tips yang ketiga plak, bila time drive tu, aku akan fokuskan pandangan mata aku dekat line2 putih atas jalan tu. aku tengok je sampai lah aku hilang ngantuk... tengok, tengok jugak.. jangan lupa pandang ke depan. kang terbabas x tentu pasal. memang bahaya, so janganla tiru ek.

Kadang2 jugak, aku akan bawak kereta laju2 supaya xnk ngantuk. sebabnya bila aku bawak laju2, heart beat aku akan berdenyut dengan lebih kencang sebab memikirkan takut terbabas. so bila dah fikir camtu, aku akan lebih berhati2 bila bawak laju di samping boleh mengalihkan perhatian aku kepada mata yang mengantuk ni. hehe tapi kalau nasib x baik, bayar saman la jawabnya ekeke bahaya jugak nih, jangan ikut gak la ek..

Tips yang keempat plak, aku akan cari makanan dalam kereta aku tu kalau ada. kalau xde, aku akan singgah mana2 stesyen minyak ke, kedai runcit ke, beli air atau makanan untuk mengunyah. aku suka beli chewing gum dan air tenaga macam livita ke, gathorade ke, ali cafe ke ehehe baru ada tenaga untuk drive. haa, tips yang macam ni korang boleh amalkan.

sumber google
Dan tips yang paling last sekali, dan yang jarang sangat aku buat, berhenti tepi jalan, tidur!! aku sebenarnya xleh tidur dalam kereta. x taw la kenapa. susah sangat mata tu nak terpejam. pelik kan? time drive tadi bukan kemain ngantuk. bila dah berhenti, xle tidur plak.. tu sebab la aku jarang buat tips ni huhu tapi korang kalau nak buat macam ni, elok sangatlah.

psst~! adehhh nak habehkan entry ni punyalah lama sebab aku tgh mengantuk.. zzzzz....


0 komen bernas

Rumah Baru Lagi + Al-Fatihah Buat Allahyarham TTT

September 18, 2010

Assalamu'alaikum...

Halu haluuuu korang x tersalah masuk blog pun... kat atas still ada tulis afiqbukhari.com.. huhu apa pendapat korang eh? laju x loading page blog ni? sakit mata atau senang hati bila first time masuk blog ni? hehe jawab kat ruangan komen la ek...


-----------------------------------------


Bercakap tentang komen, pada sapa2 yang still ingat dengan entry yang bertajuk URGENT POLL!!!, aku dah tutup poll tu then aku dah buat keputusan yang aku nak stay dengan sistem komen daripada DISQUS. maybe pada yang x dapat komen tu, kelajuan internet perlahan. sebab ramai yang vote 'boleh' daripada 'tak boleh'... so aku terpaksa ikut majoriti untuk memuaskan hati semua. dan pada yang vote 'tak boleh', aku ingin meminta maaf sangat2 sebab x dapat nak penuhi kemahuan korang..


-----------------------------------------

Di samping tu juga, takziah buat keluarga Allahyarham Nadia@TTT(Toh Tuan Tanah) kerana mereka telah kehilangan seorang ahli keluarga yang baik hati. semoga arwah ditempatkan bersama2 dengan orang yang beriman, InsyaAllah~ Al-Fatihah buat Allahyarham TTT...
0 komen bernas

URGENT POLL !!!

Assalamu'alaikum semua...
Ada bloggers@readers kata x boleh nak tinggalkan komen kat dalam ruangan komen Disqus aku ni. so aku nak mintak sangat2 jasa baik korang semua, tinggalkan komen, apa2 je, spam pun xpe, kat entry 'URGENT POLL' ni..

Lepas dah tinggalkan komen atau siapa2 yang x boleh nak tinggalkan komen, tolong vote soalan dalam poll kat bawah ni ek sama ada boleh atau tak boleh. kerjasama dari korang semua amatlah aku hargai :)

Boleh komen x?



psst~! poll ni amat penting bagi afiqbukhari.com segala kesulitan amtlah ku kesali haha:D
0 komen bernas

M Rajoli Meninggal Dunia

Assalamu'alaikum...

Allahyarham M Rajoli telah pergi meninggalkan kita untuk selama2nya pada pukul 10.45 malam, 17 September 2010 akibat barah otak... sumber Berita Harian Online

Aku minat giler2 dengan lakonan Allahyarham... sempoi, bersahaja dengan memek muka yang boleh membuat orang ketawa. kurang lagi seorang seniman yang berkaliber dalam dunia lakonan. semua watak dia boleh bawak. aku paling suka dia bawak watak mat motor, naik virago huhu

Allahyarham M Rajoli, 7/4/1945 - 17/9/2010
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama2 dengan orang yang beriman, amin~

psst~! nama sebenar beliau ialah Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain, orang Pasir Mas...
0 komen bernas

Kuda Hitamku Gagah Berani Melawan Tauke

September 17, 2010

Alkisah kuda hitam KLON sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung nun di pantai timur sana.. kuda hitamku masuk kandang, keluar kandang.. tapi sebelum tu, ini cerita banyak bold. yang bold tu dialog aku sendiri..

Haiya bro, pasang ini sportlight la.. baru nampak terang jalan kat depan tu... lu mau balik kampung itu pantai timur sana kan? better pasang wooo.. nanti malam you tarak nampak jalan manyak susah.. sambil menggaru2 poket, hurmmm berapa you boleh kasi tauke? kasi murah la.. ini kan sudah dekat mau raya maaa.. kita satu Malaysia what.. okla oklaaa.. mana lu punya kereta? ada depan sana tauke. nah ini kunci... vroommmm kuda hitam ku masuk dalam kandang....

Bro, ini speaker kereta tarak sedapla... kasi saya bukak ini cover speaker mau tunjuk sama lu.. yala yalaaaa... ketang ketung keting krekkk kriukkkk... aiyaa broo, lu tengok sama ini speaker. apa macam mau bunyik kalau dah koyak sana sini? haaaa??? korek2, garu2, selup2 tangan dalam poket... hurmmmm... apa speaker murah n branded you ada r? sini mari bro, tengok dalam ini almari kaca.. ini semua branded, itu rambut mohawk punya speaker mau? saya kasi murah sama lu pasal nak raya. amacam? zzzz oklaaaa...

Errr bro, saya mau pergi test drive you punya kereta kejap boleh ka? pegilaaaaaa... vroooommmm kuda ku keluar kandang.. selang 5 minit kemudian, kudaku masuk kandang balik.. bro, lu punya enjin tarak pikap. bila jalan, mau pasang aircond, dia jadi sentap maa.. bila you pasang aircond kuat2, kereta jadi slow. makan minyak wooo.. adehhh lu ni pahal tauke? lu mau saya tukar apa lagi? err ini barang, volt stabilizer sama grounding wire.. taukeeee, kereta saya mana pakai elektrik kuat sangat. lu suda lebey niii... aiyaa bro, untuk masa depan la... grrrr.. ok laaaaa....

Aku da bosan ni... asek tukar tu tukar ni.. duit dah banyak habeh da ni.. kang x beraya plak aku kat kampung.. arghhh lu senyap tauke!! ini last saya tukar barang untuk hari ni. lain kali plak..! kuda keluar kandang, masuk kandang lain plak...

Tauke, ini tinted depan cermin kereta berapa ha? mau yang UV 100% ada ka? asek dengar 99.9% ja... you pun x gerenti ka mau bagi 100% jaminan untuk tinted? haha gurau saja tauke.. saya mau tinted depan saja. xmau yang murah2 pasal ini cermin depan penting ma.. sekali kena batu, baru la x pecah kena muka. kasi murah la tauke, saya mau balik kampung ni. tarak kesian sama saya ka? sob sob... oklaaaa lu punya pasat, saya bagi diskaun. jangan bgtaw orang lain.. baik tauke!!


poket dah kering niiiii...

psst~! ada paham ini cerita? kalau tarak paham, baca balik dari mula sampai habis kalau tarak paham jugak, korang memang reader blog aku yang paling best! hehe bila la aku nak merasa bawak Ferrari...

psst 2~! haha jangan percaya sama itu gambar.. ihsan google sana.. aku punya kereta tempatan punya saja, itu harimau malaya ;p
0 komen bernas

Duit Palsu Dari Mesin ATM

September 16, 2010

Assalamu'alaikum...

RIYADH: Laporan kononnya beberapa mesin pengeluar wang automatik (ATM) di daerah Hayy Al-Wazarat mengeluarkan wang kertas palsu SR500 (RM420) mencetuskan suasana cemas di kalangan pengguna.
E-mel dan mesej pesanan ringkas (SMS) yang beredar di kalangan warga asing menasihatkan mereka supaya tidak menggunakan mesin itu di daerah berkenaan ketika pengeluaran wang menerusi ATM meningkat ketika cuti Aidilfitri.
Walaupun beberapa usaha dilakukan, akhbar Saudi Gazette gagal menghubungi bank terbabit bagi mendapatkan kenyataannya. Warga India, Firdous Khan memberitahu akhbar itu, sekurang-kurangnya tujuh pengguna ATM yang dikenalinya mengalami kerugian kerana wang palsu itu.
Katanya, seorang rakannya pergi membeli belah di kedai runcit yang berdepan dengan mesin ATM itu dan juruwang dapat mengesan wang palsu berkenaan.
“Ketika cuti Aidilfitri, seorang rakan saya mengeluaran SR3,500 dari mesin ATM dan pergi berbelanja di kedai berhampiran.
“Juruwang kedai itu mengesan mata wang palsu dan melaporkannya kepada polis,” katanya.
Menurutnya, mangsa berdepan dengan kesukaran untuk meyakinkan polis kerana semua wang yang dikeluarkannya daripada mesin itu palsu.
Firdous berkata, pengguna boleh mengeluarkan sebanyak SR5,000 sehari tetapi adalah lebih selamat jika mereka mengeluarkannya dalam bentuk wang kertas SR100 (RM84) bagi mengelak daripada berdepan dengan masalah yang tidak diingini. Bagaimanapun, menurut beberapa pegawai bank, tidak ada mesin ATM di Arab Saudi yang boleh mengeluarkan wang kertas palsu kepada pelanggan kerana semuanya dilengkapi alat pengesan wang palsu. Sumber myMetro

Mak aih.. perkara macam ni pun boleh berlaku ke? kalau bukan pada bank, kita nak percaya kat siapa lagi untuk simpan duit? pihak bank sepatutnya kena peka kalau benda2 camni berlaku. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga nanti. harap2 perkara macam ni x terjadi di Malaysia.

Itula.. robot dan komputer xleh nak menyaingi 100% kebolehan dan keistimewaan manusia. jangan nak mengagungkan sangat robot2 ni. nanti lama2 dia pijak kepala kita macam dalam cerita 'Terminator' tu.. haha aku bukan apa, setiap kali nak keluar duit dari atm, aku memang akan percaya 100% duit yang keluar tu, duit asli dan tulen. siapa x nak percaya beb, dah mesin atm je tempat utama(waktu malam) untuk mengeluarkan wang simpanan kita selain kaunter bank. 4surela kena percaya 100%.

psst~! setiap kali keluarkan duit dari atm, korang kira x duit tu sebelum korang blah? yakin giler2 ke?
0 komen bernas

Sambung Cuti Raya Pada Hari Malaysia

Assalamu'alaikum...

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Sumber Wikipedia

Memang bercuti sakanla hari Malaysia tahun ni. terus sambung cuti dari cuti raya. hehe

Pada yang dah start kerja lepas raya hari tu, gunakan cuti umum Hari Malaysia ni dengan sebaik2nya. penuhkan dengan aktiviti2 yang berfaedah. sempena Hari Malaysia ni, elok sangat lah kalau dapat berkumpul dengan kawan2 yang berbeza kaum. barulah semangat 1 Malaysia. barulah x timbul isu perkauman. barulah x kecoh dalam facebook@surat khabar tentang bangsa ni hina bangsa tu. x bestlah gaduh2, perang2 mulut, tuduh itu tuduh ini.

Mesti best kalau semua dapat bersatu. kita ni sebenarnya saling memerlukan dalam Malaysia ni. x kiralah kaum melayu ke, india ke, cina ke. semua sama dan setaraf. semua ada mata, hidung, otak, dll.. kan? :) senyum 1 Malaysia dan selamat bercuti!

psst~! Jangan libatkan isu perkauman dalam segala situasi. tangani dengan bijak, gunakan otak sebelum bertindak...
0 komen bernas

Comment Moderation - Alat Penapis Komen

September 15, 2010

Masuk ke paparan Dashboard, Settings > Comments. scroll ke bawah sampai jumpa comment moderation. tick 'always'. kalau nak blogspot hantar email berkenaan dengan komen yang baru masuk, isikan email anda dalam ruangan email adress.

Dan akhir sekali, Save Settings.


0 komen bernas

Short Note # 3 - Selamat Hari Raya Aidilfitri

September 14, 2010

Assalamu'alaikum...

Huhu selama seminggu aku x tengok blog langsung.. xtaw apa berita, apa cerita, apa kisah, apa sinopsis yang dah terjadi selama seminggu ni.. korang beraya sakan? haha aku saja godek2 status facebook kawan2 yang aku yang lepas..


  • 'waahhhh! kenangan raya paling terindah. lepas raya assingment melambak!!!'



  • 'bestnye cuti raya awal.. tapi bukannya lama pun, raya ketiga da kena kerja balik. !@#$'



  • 'bertolak balik ke kampung awal pun x guna gak, jalan still jem macam bertolak sehari sebelum raya..zzz'



  • 'first raya dah sakit perut pasal banyak sangat makan...'


Hehe rasa nak gelak pun ada tengok status dorang. kebanyakannya melepaskan kemarahan, rasa geram, kecewa.. ekeke sabar la yer..dugaan semua tu. anyway, selamat hari raya :D

psst~! aku rasa raya tahun ni, aku miss makan rendang la..mana r rendang menghilang? ke aku yang zzzz? :P
0 komen bernas

Aku Nak Balik Kampung. Mana Nak Cari Ayam Kampung Betina Hidup Malam2 Buta Ni?

September 7, 2010

Assalamu'alaikum...

huhu aku x suka betul nak tulis tajuk entry panjang2. tapi terpaksa tulis jugak. haha malam ni mungkin malam last untuk aku berblogwalking secara tegar.. maybe esok sampai raya ke tiga, maybe aku kurang atau x langsung nk blogwalking sebab aku da kat kampung(masa menulis ni kat umah lagi la) hehe paham2 jela kan, aku x melanggan perkhidmatan broadband.

Tapi sebelum tu, meh sini aku nak kongsi satu cerita pendek yang agak lucu bagi aku la...

Conversation dalam (short messaging system,SMS) antara aku dengan seorang hamba Allah yang menggelarkan dirinya sebagai 'ana'...

Ana: Boleh tolong cari ayam kampung betina 10 ekor.. ana nak beli yg hidup untuk pelihara.. minta tolong sgt.. Trima kasih.

Aku: Salah nombor.

dengan yakin dia balas balik kat aku...

Ana: Ana aswadla!! Tolong bgtaw hanafiah.. ana nak beli ayam kampung hidup.. mintak tolong dia carikan..

Aku: X, mmg salah nombor ni. ana x kenal langsung aswad atau pun hanafiah. tq.

Ana: ....................... terus x reply.. aku rasa dia malu kot.. mesti dia ingat aku main2kan dia..adehh.. xde niat langsung aku nak main2kan dia huhu

psst~! kawan2, doakan perjalanan pulang balik ke kampung ku selamat semuanya.. aku pun mendoakan semuanya selamat sampai ke kampung masing2 :)
0 komen bernas

Buffered Sempena Raya Dari Nuffnang

Assalamu'alaikum...

hehe gembira x terkata.. thankx to nuffnang kerana bagi buffer kat afiqbukhari.com sempena raya ni. dah lama rasanya afiqbukhari.com x dapat buffer sejak bertukar domain hari tu. kiranya buffer tu sebagai duit raya dari nuffnangla kan haha TQ2..


Kali ni afiqbukhari.com dapat buffer dari company Nike plak..perghh Nike tu.. antara pengeluar barangan sukan yang top dan popular kat dunia. siapa x kenal logo 'right arrow' ke atas. pemain bola sepak antarabangsa pun pakai barangan Nike. Nike dah menghasilkan banyak produk2 yang berkualiti untuk kemudahan bersukan. contoh macam baju, seluar, kasut sukan, bola, jam tangan, dan macam2 lagi la.

Aku rasa mesti ramai yang dapat buffer Nike ni kan. hehe congratz untuk korang jugak. jomla sama2 kita meriahkan lagi kempen Nike City ni. untuk maklumat yang lebih lanjut, meh masuk website Nike kat SINI. atau klik je kat gambar bawah ni.


psst~! pada yang x dapat lagi, InsyaAllah korang mesti akan dapat punyala. nuffnang tu memang baik hati.. kalau x caya, tanya para2 otai blogger macam sis Dahlia, bro Darkbatman, Lanun n ramai lagilah :D tanya jangan x tanya pasal, kalau x tanya nanti sesat jalan hehe
0 komen bernas

Tukar Duit Syiling

September 6, 2010

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah dalam bulan puasa ni, semua pekerjaan menjadi mudah kalau kita bersabar insyaAllah.. dah 3-4 hari aku dok terpikir kat mana la nak tukar duit syiling ni.. nak pergi tukar kat kedai mamak, takuk kena cekup plak, di cop x pose huhu.. nak pergi tukar kat bank, takut x sempat nak raya plak. ape benda maksud floating tu? duit aku tu nanti terapung ke? haha

Korang biasa tukar kat mana??

First attempt, aku masuk kedai buku Popular...

Aku: Assalamu'alaikum kak. err, nak tukar duit syiling x?

Akak Popular: eh nak dik. banyak ke?

Aku: boleh tahan banyak jugak la kak.. dalam hati 'alhamdulillah sekali cuba je terus dapat tukar duit syiling'..

Dan yang paling best sekali, bila akak tu kira balik duit syiling tu, lebih daripada apa yang aku dah kira. alhamdulillah rezeki hehe. tu semua rezeki dari aku menabung setiap kali ada je duit syiling lebih. so korang, baik menabung start dari sekarang. x kisahla seposen dua ke, yang penting setiap hari, mulut tabung tu mesti kena isi. untuk kemudahan di masa hadapan.

Aku: kak, nah amek la upah ni. sya ikhlas. bukan ape, yang penting dapat tukar duit syiling ni.

Akak Popular: eh xpela dik. tu kan duit adik.

Aku: hurm kalau camtu xpela kak(setelah puas dipaksa). terima kasih yer. selamat hari raya kak :D

Alhamdulillah x payah aku nak berjalan2, pusing2 satu kawasan kedai tu nak cari kedai mamak atau kedai runcit yang lain. Ya Allah, terima kasih di atas kesenangan yang Engkau telah berikan kepadaku pada hari ini.

Dan apa yang paling penting, akak Popular tu x layan aku dengan muka yang masam. baik je dia layan aku. siap bagi kerusi suruh duduk takut aku penat tunggu masa dia tengah kira duit syiling tu....

psst~! aku paling benci kalau dilayan dengan cara yang kurang ajar. kalau aku yang kurang ajar dulu xpela..
0 komen bernas

Wayne Rooney Menduakan Isteri

sumber dari google
LONDON: Wayne Rooney berpeleseran dengan seorang pelacur yang bernilai £1,200 (RM6,000) satu sesi ketika isterinya, Coleen hamil.

Penyerang England dan Manchester United itu didakwa meniduri Jenny Thompson, 21, tujuh kali dalam masa empat bulan. Jenny, dalam pengakuannya kepada akhbar News of The World berkata: “Rooney menggoda saya dengan mesej pesanan ringkas dan membayar wang yang banyak.

Bintang England itu merayu Jenny dan seorang rakannya untuk melayani nafsu seksnya serentak. Dia kemudian melanggani pelacur itu berulang kali sementara Coleen menunggu saat untuk melahirkan anak mereka, Kai.

“Rooney begitu terhibur dengan setiap pertemuan kami dan dia tidak kisah apa yang dilakukannya di belakang Coleen.

“Saya berpendapat dia percaya dirinya melebihi segala-galanya. Selaku wanita, saya tidak suka apa yang dilakukan, lebih-lebih lagi jika saya hamil,” kata Jenny.

Dalam temuramah yang akan memusnahkan imej Rooney sebagai suami yang baik hingga membolehkan pasangan selebriti itu meraih berjuta-juta dolar, Jenny mendedahkan apa yang dilakukan bintang Manchester United itu, termasuk menidurinya di sebuah hotel lima bintang yang menjadi kegemaran selebriti dan anggota pasukan Manchester United yang lain.

sumber dari myMetro gambar kiri,ister Rooney. gambar kanan, Jenny

Jenny berkata, Rooney turut mengajaknya pulang ke rumahnya untuk mengadakan seks ketika ketiadaan Coleen. Jenny juga memberitahu bagaimana dia mula menemui Rooney, 24 Jun tahun lalu di Kasino 235 Manchester ketika pemain itu minum bersama anggota keluarganya dan rakan sepasukan, Rio Ferdinand. “Saya berada di bar bahagian VIP bersama seorang lagi wanita dan mereka memanggil kami untuk berbual.

“Kemudian kami menghisap rokok di tandas bersama Rooney dan adiknya dan kami bertukar-tukar nombor telefon. “Ketika itu, Wayne tidak tahu pekerjaan saya sebenar.

“Dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyerlahkan hasratnya. “Dia suruh saya menunggunya di satu sudut dan kemudian kami berkucupan selama tiga atau empat minit.” Pertemuan itu disusuli dengan satu lagi pertemuan seminggu kemudian di hotel lima bintang, Lowry, tempat Rooney melepaskan nafsu seksnya terhadap Jenny dan seorang lagi rakan pelacur itu. - Sumber

---------------------------------------

psst~! kalau pemain bola sepak Malaysia yang buat camtu, bukan bini je marah, semua rakyat Malaysia confirm marah sebab menjatuhkan maruah negara.
0 komen bernas

Salam Aidilfitri Dari afiqbukhari.com

Assalamu'alaikum semua dan selamat sejahtera...

Waaa raya aidilfitri nak dekat da.. da nak sebulan kita berpuasa kan.. huhu moga apa yang kita dah lalui dalam bulan puasa kali ni, membawa seribu keberkatan kepada diri masing2 insyaAllah..

Sebenarnya aku kena tag dari Tiefazatie, Salam Aidilfitri. hehe sebelum2 ni aku dah pernah kena tag. cuma tu la.. lupa plak dari sapa. sorry guys yang pernah tag aku. aku ni banyak termakan semut kot sebab selalu lupa huhu.


Tanpa melengahkan masa, aku nak jawab soalan2 yang tuan empunya ni tanya hehe.



Puasa penuh tak taun nie?
hehe ofcoz la penuh..

Kalo saya mintak maaf, awak sudi maafkan??
InsyaAllah saya maafkan hehe.. sedangkan Nabi Muhammad sendiri memaafkan umatnya.

Kampung kat mana?
kat pantai timur :)

Awak rasa blog saya ni comel tak? kasi sebab sikit.
hehe mestila comel.. macam tuan blog dia hehe

Awak nak tag org, tag aje laa T____T
hehe kalau macam tu, aku nak tag sapa2 yang terbaca sekarang ni.. jangan malu2, just amek je. kalau orang tanya amek dari mana, cakap amek dari blog afiqbukhari.com :)

psst~! x sabar nak makan ketupat, rendang, lemang.... slurrpp!
0 komen bernas