Home » , , , , » Duit Bunian Di Alam Maya?

Duit Bunian Di Alam Maya?

September 5, 2010

Assalamu'alaikum...

Duit bunian? hurm susahla aku nak percaya kalau x pernah tengok dengan mata sendiri. entry ni bermula apabila mak aku suruh adik aku pergi beli santan kat pasar borong Selayang pada pukul 2 pagi, sebab disuruh beli awal takut santan habis. mak aku nak buat nasi dagang pasal ada orang tempah..

Mak aku bagi RM30 kat dia, semuanya not RM10, 3 keping. adik aku ni plak, dia suka belek2 duit tu. tiba2 plak dengan selamba dia berkata, 'eh ni duit bunian ni' aikk confident giler cakap dengan aku macam tu. lepas tu dia bgtaw yang nama Gabenor kat atas duit tu Aishah. korang taw x bila plak si Aishah ni jadi Gabenor?.. setau aku, ada 7 orang yang pernah menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia. start dari...

  • Tan Sri W H WilcockJanuari 1959 - Julai 1962
  • Tun Ismail bin Mohamed AliJulai 1962 - Julai 1980
  • Tan Sri Abdul Aziz bin TahaJulai 1980 - Jun 1985
  • Tan Sri Dato' Jaffar bin HusseinJun 1985 - Mei 1994
  • Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd DonMei 1994 - Ogos 1998
  • Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin SulaimanSeptember 1998 - April 2000
  • Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar AzizMei 2000 - Kini

Ha, ada x Gabenor negara kita yang bernama Aishah? hehe xde kan.. adik aku kata dia dah banyak kali jumpa duit bunian ni. dia buat x taw je. sebelum ni aku just taw dari akhbar/majalah je pasal duit bunian ni. dan aku pun taw jugak pasal Gabenor alam bunian ni bernama Aishah. tapi bagi aku, first time kot dapat tengok dengan mata sendiri duit bunian tu.

Korang x percaya ek? yelaa ni aku ada selitkan sikit gambar2 duit yang aku amek. pandai2la korang nilai ek. aku pun x mahir sangat nak menilai duit2 ni. tapi kalau dah perbezaannya ketara sangat, apa lagi yang aku boleh simpulkan? korang perhatikan betul2 ek.. kalau ada apa2 nak komen, macam biasalah, kotak komen kat bawah ni hehe

Tapi sebelum sebelum korang fikir benda ni adalah khurafat atau tahyul, meh baca sini dulu, Adakah Benar Juga Jika Manusia Boleh Meminjam Wang Dari Orang Bunian? , baca pasal bunian kat sana, dalam Ruangan soal jawab kemusykilan agama. lepas tu baru nilai k :)


klik untuk tumbesaran


perhatikan line menegak yang berkilau tu, not yang tengah2 ada x?

nama Gabenor
Opsssss!!!

Meh sini plak aku nak dedahkan perkara yang sebenar. tandatangan tu memang kalau sekali baca, akan berbunyi Aishah. tapi yang sebenarnya, itu adalah tanda tangan milik Gabenor Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, Gabenor Bank Negara yang keenam. kalau korang x percaya, meh baca SINI plak. hehe ni kisah lama sebenarnya. dan baca kat sini untuk mengenali tandatangan2 Gabenor Bank Negara.

psst~! adik aku pakai duit tu buat beli santan... dan jangan mudah terpengaruh dengan apa yang cuba disampaikan. seelok2nya, buat kajian dulu. jangan marah yer :)

1 komen bernas:

Woofer Storm said... [Reply to comment]

hahaha..terkena skejap

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog