Home » , , , » T-Shirt Design Competition - Imaginasi Dan Realiti

T-Shirt Design Competition - Imaginasi Dan Realiti

November 3, 2010

Adakah anda kreatif dalam merekacipta design2 untuk t-shirt?
Adakah anda penggemar senireka grafik t-shirt?

Kalau ya, apa kata anda kembangkan bakat terpendam dalam diri anda tu dengan menyertai Pertandingan Design T-Shirt Online, 'imaginasi anda, kami jadikan realiti'..


Hadiah yang ditawarkan memang menarik:

Hadiah atau ganjaran yang ditawarkan amat menarik dan lain dari yang lain. Baca dengan teliti apa yang akan diperolehi si pemenang kerana belum wujud lagi hadiah atau ganjaran pertandingan online sebegini menarik.

Pemenang akan mendapat :

* Wang tunai RM 100
* Sehelai T-shirt dengan rekaan design pemenang itu sendiri.
* 10% hasil jualan online t-shirt tersebut (royalti atas jualan online)
* Gambar pemenang bersama T-shirt yang dimenangi akan diabadikan dalam blog ini dan website showroom khas yang akan diberitahu kelak.

Peserta/Design bertuah yang terpilih (2 orang sahaja) :

* Sehelai T-shirt dengan rekaan design sendiri
* 5% hasil jualan online t-shirt tersebut (royalti atas jualan online)

Hadiah/Ganjaran Khas :

Rekaan paling menarik dan meraih jualan online tertinggi sepanjang tahun akan mendapat hadiah khas iaitu percutian 3 hari 2 malam (pakej untuk 2 orang) di destinasi yang menarik.



*setiap bulan hanya seorang pemenang yang akan dipilih.

Anda Berminat? syarat2 penyertaan teramatlah mudah:

  1. Anda mestilah warganegara Malaysia.
  2. Tiada had umur dan tiada minimum umur dalam menyertai pertandingan ini.
  3. Senireka grafik / design tersebut mestilah belum pernah wujud dan ia semestinya karya asli.
  4. Senireka grafik / design mesti dihantar ke imaginasirealiti@yahoo.com dalam format AI atau PSD beserta JPEG sekali (Sila sertakan nama, alamat, nombor telefon, dan email anda)
  5. Resolution grafik adalah tidak kurang dari 1024 x 768 (berskala besar).
  6. Design yang dihantar menyertai pertandingan ini akan menjadi hak milik penuh pihak IMAGINASI & REALITI dan peserta dilarang untuk menggunakan design tersebut bagi tujuan komersial lain.
  7. Setiap penyertaan mestilah mengandungi senireka grafik/design beserta reka bentuk t-shirt (depan dan belakang)
  8. Tiada had untuk menghantar penyertaan bagi setiap peserta. Anda boleh menghantar seberapa banyak yang anda suka tetapi hanya 1 design yang akan terpilih untuk menang.
  9. Segala keputusan yang telah dibuat adalah keputusan muktamad dan setiap penyertaan akan diadili dengan teliti oleh pihak yang berpengalaman serta syarikat percetakan t-shirt.

Psst~! Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut tentang pertandingan ini, sila layari laman IMAGINASI & REALITI

Psst2~! Tema design untuk bulan ini, BEBAS/FREESTYLE dan tarikh tutup penyertaan adalah 30/11/2010. So tunggu apa lagi, jom sertainya sekarang~! :)


12 komen bernas:

Miszyuyu said... [Reply to comment]

cm besh la contest neh..nk joinn

najihah sahami said... [Reply to comment]

waa..bes ni..join la afiq...konpem ngetop lorhh....

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Misterious Yuyu
hehe join je..hadiah menarik tuuu :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@najihah sahami
hehe insyaAllah.. joinla mish.. mish kan kreatif :D

Amir Izzat said... [Reply to comment]

wah! menarik! rasa nak join je..insyaAllah.. :)

Khalisa Zulkarnain said... [Reply to comment]

wahhhh, menarekk sungguhhh! takkan tak join?

CIK TOM said... [Reply to comment]

menarik...tp cik tom xkreatif..hehe..afiq join la..afiq kan kreatif!!

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Tomato Gurl's Life
hehe mane de kreatif cik tom..dulu leh la sikit2..skng da 0 :)

suffer8zine said... [Reply to comment]

wahhh lumayan hadiah!

Terkini : Katak makan tikus

tehr said... [Reply to comment]

join jangan tak join
kalau tak menang pun boleh asah bakat

Yuni Aisyah said... [Reply to comment]

menarik...cam nak cube je..hehe

Syat0za Zai said... [Reply to comment]

wahh, mcm best jekk ^^, confirm ramai org masok ni! haha

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog