Assalamualaikum readers...
Sebelum nak masuk belajar ni, biasalah kita kena buat
medical check up. antara perkara yang paling best dalam medical check up ni, kita kena buat
urine test. yeah, kencing dalam cup kecik. aku tak tahulah apa tujuan sebenar urine test ni. yang aku tahu, nak check penyalahgunaan dadah, check kandungan dalam badan samaada mengandung atau tak, nak check paras gula ke, protein ke, dll.. correct me if i'm wrong. saya budak yang tak pernah belajar secara mendalam dalam hal ni *haha
Nak dijadikan cerita, aku pergilah ke satu klinik swasta nak buat medical check up +
x-ray. aku ingatkan kalau datang awal pagi, pesakit tak ramai. zzz sangkaan aku meleset. dah ramai yang menunggu dalam klinik. nak tak nak, aku terpaksa masuk jugak dan terpaksalah menunggu. medical check up kena siap hari ni jugak. malas dah nak tangguh.
----------------------------------------------
X-ray:
Setengah jam kemudian, nama aku dipanggil oleh satu brother..
'Afiq Bukhari, sila ke bilik X-ray. okeh, bukak baju, berdiri di situ. tarik nafas perlahan-lahan yer dan lepas... siap!!'
Eh sekejap je rupanya. aku ingatkan lama lah sangat nak buat x-ray ni. tapi yang tak bestnya, bila aku dah pakai baju, brother tu tanya aku dengan satu soalan..
'Masa x-ray tadi, kamu tarik nafas perlahan-lahan kan?'
Errr.. kenapa
bila aku dah pakai baju baru nak tanya soalan tu? kan dah kena buat kerja 2 kali kalau x-ray tak menjadi zzzz. selamat x-ray aku tu ok dan normal. lain kali, tanyalah dulu sebelum kata 'siap'.
----------------------------------------------
Urine test:
Tak sampai sepuluh minit, nama aku dipanggil lagi..
'Afiq Bukhari, sila ambil cup ni dan pergi isi. lepas tu letakkan di dalam kotak ni..'
Agak malu sebenarnya bila berjalan-jalan di dalam klinik sambil memegang cup tu. tapi aku peduli apa. semua orang pernah kencing kot.. sampai je di tandas, aku termanggu seketika. mana satu tandas yang ok ni?
Tandas pertama:
di pintu tandas tertulis 'TANDAS LELAKI'. tapi takde lampu. gelap yang amat.
Tandas kedua:
di pintu tandas tertulis, 'TANDAS ROSAK'. tapi ada lampu.
Psst~! sila jangan tanya aku di mana tandas wanita...
Agak-agak korang, terutama kaum lelaki, korang nak masuk tandas yang mana? ini masih lagi dalam situasi nak buat urine test.
Aku nak masuk tandas lelaki tu. sebab di pintu tandas tak tertulis pun 'TANDAS ROSAK'. so dengan selambanya, aku pergi switch off semua suis lampu kat situ dan nak cuba buka semua lampu satu-persatu. time aku switch off lampu tu, aku terdengar seseorang mengeluh, errhmm!
*haha rupa-rupanya ada auntie kat belakang tandas tu tengah berehat.
'Sorry auntie, saya nak buka lampu tandas ni, tapi tak tahu yang mana satu. itu yang saya tutup semua lampu *hehe'
'Auntie menjawab, eh kenapa you tutup semua? kan dah tak boleh buka semua lampu tandas.'
'haaaa??? macam mana ni auntie? saya kena buat urine test ni. tak kan tak boleh buka kot? abeh, kat mana saya nak pee ni?'
'Auntie menjawab, kejap yer, auntie nak pergi panggil seseorang yang boleh betulkan lampu ni.'
Zzzzz aku tunggu kat depan tandas tu. dalam hati berkata,
'tula Afiq, pandai sangat nak pergi tutup semua lampu. kan dah kena tunggu lagi'... tak sampai 5 minit, auntie tu datang dengan perkhabaran yang mendukacitakan aku. dia kata,
'that guy keluar pergi mana tah. so you terpaksa kencing dalam gelap.'
Hampeh!@#$%... sila jangan tanya aku macam mana aku dapat kencing dalam cup kecik tuh.
Psst2~! Alhamdulillah, dah selesai pun medical check up. tinggal nak shopping barang-barang lain plak sebelum masuk belajar ni.