Home » , , » Kejujuran Dalam Mengejar Trafik

Kejujuran Dalam Mengejar Trafik

January 19, 2011

Assalamualaikum...

Makin panas nampaknya isu tipu-menipu trafik di kalangan blogger-blogger nih..aku tak nak ulas panjang lebar pun. sebab dah muak rasanya dengan isu yang terbangkit dan membangkit ni. yang di sini tuduh di sana tu menipu. di sana plak membalas dengan alasan IT yang memang terbaik ayatnya. kesudahannya, dua-dua pihak tak nak mengalah.. aku pun bukannya mahir sangat dalam bidang IT ni. setakat basic tu okla. tapi kalau dah sampai ke level yang advance ni, aku surrender..

Benda ni semua hanyalah 'permainan kanak-kanak' dalam dunia blog. apa yang dikejar, cumalah trafik. hanya kerana trafik, kita sanggup bermusuhan di antara satu sama lain. tak perlu semua tu KALAU kita sendiri tak memulakannya. siapa yang memulakannya? pandai-pandailah cari sendiri sebab aku tak nak mengaibkan orang. cukuplah sekadar menjadi silent reader dan silent thinker.

Alasan untuk blogging ni sebenarnya banyak. ada yang hanya sekadar untuk mengisi masa lapang, hobi, berkongsi sesuatu dengan para pembaca, dll.. tapi alasan yang selalu aku dengar ialah dengan blogging ni, BOLEH BUAT DUIT... tengok, sebab DUIT, kita bermusuhan dan bermasam muka sesama sendiri. cubalah jadikan blogging sebagai satu aktiviti yang boleh mengeratkan silaturrahim.. tak susah pun sebenarnya. adal akal, gunakan dengan sebaik-baiknya.

Jangan terlalu sellfish sangat. dan jangan terlalu nak mengejar trafik sangat kerana trafik tu akan datang dengan sendirinya kalau kita kuat berusaha dengan cara yang betul. contoh macam blogger Ben Ashaari, Dahlia, Darkbatman, Affan Ruslan, dll.. mereka tu semua berjaya didalam dunia blog tanpa perlu bermain 'permainan kanak-kanak'. dan jangan tanya aku kenapa aku listkan mereka shj..

And last but not least, tolonglah lakukan sesuatu pekerjaan tu dengan ikhlas. bukan dengan memaksa atau menipu. kita sesama manusia ni banyak persamaan, dan tak berapa banyak perbezaan. semuanya ciptaan Allah SWT. kau khianati seseorang, maknanya kau khianati makhluk ciptaan Allah SWT. DOSA namanya...

Psst~! sebelum nak komen, pastikan baca sampai habis(bukan memaksa, just nak mengelakkan diri kita daripada memfitnah orang). jangan main hentam nak komen macam-macam yang tak masuk akal. kesian kat akak Ellen kita ni..

46 komen bernas:

saya_arief said... [Reply to comment]

isu hangat sekarang ini..
;D

Nazifa M.Zali said... [Reply to comment]

betol2..kata upin dan ipin.

nazirulhazwan~ said... [Reply to comment]

tula, kak ellen siap nanges2 lagi, sian die.huh

NuSaNa NoSa 91 said... [Reply to comment]

isk3~ mcm2 la manusia skrg.. blog kn utk suka2 je.. jgn la smpai gado2 @ tipu.. xphm la~ =.="

cik panadol said... [Reply to comment]

setuju...niat dalam berblogging ni kena la betul...

Miss Shizu said... [Reply to comment]

memang pon.kadang kadang ader blogger saja buat entry kontrobesi..kutuk2 blogger pemes.then ramai marah kat blogger tuh.so,trafik blog akan naik...benci dowh org yang suka wat gitu...

deCrewz said... [Reply to comment]

Jai tak berani nak komen lebih2 cuma diharapkan jujurlah.. Klu menipu tu mmg x berkat satu hal... Xpe.. Berapa lama je boleh bertahan klu menipu kan.. Klu nak kritik org lain 2, mmg 1 masalah besar.. Klu blogger lama, tegur blogger baru dengan beradab. Blogger baru tegr blogger lama pun dengan beradab. Manusia mana yang tak pernah buat silap. Igt 1 je, bila kita hormat org, org akan hormat kita kan. Jgn sampai apa yang Dr. M kata menjadi kenyataan 'Melayu Mudah Lupa'..pernah dengar kan.. Kita sesama melayu x perlulah nak gaduh2. Jai sebagai newbie yang baru beberapa bulan je mula aktif ni pun dah dapat melihat macam2 karenah, cuma x suka nak ambil port, apatah lagi blogger2 yang dah lama, lagi banyak pengalaman dan merasai macam2 ragam dunia bloggger kan..

Lydia Miza said... [Reply to comment]

salam..isu hangat.Semua org marah bila di tipu hanya untuk kepentingan peribadi manusia yg tak berhati perut...huhu.LM malas nak marah..lantak la mereka.

Ellen said... [Reply to comment]

Thanks atas prihatin Fiq trhadap nellen...memang sakit hati bila orang ckp cam tu..tapi ellen pasrah ja sebab nak marah2 pun tak der gunanya.Orang yang komen Ellen tu mungkin salah faham dan entry tu di buat bukan untuk mengaibkan sesiapa atau menarik trafik untuk baca tapi sekadar luahan seorang yang dituduh...
Ellen rasa dia salah sangka sebab Pendekar dan Belalang, keduanya membuat entry berkaitan hal ini dan gunakan Ellen sebagai contoh..itu secara kebetulan...
Apapun harap kita terus berblogging secara jujur, kalaupun ada yang buat cam ni, tipu2, abaikan saja, itu hubungan dia dengan kehidupan dia di masa akan datang kan?

Izan Ishak said... [Reply to comment]

kesian pada kak ellen kan. tu mesti tak baca sampai abis tu. betullah afiq...niat asal nak berbelog tu kena check balik. nak kejar trafik dgn kaedah camni bukan dpt untung pun.

Unknown said... [Reply to comment]

panas..panas..jangan cakap tentang blogging, dalam apa jua tindakan, kena jujur..baru la diberkati..

Faizal Fredley said... [Reply to comment]

YEAH SOKONG AFIQ....HAHAH..AKU PUN X NAK AMIK TAU GAK...TAPI TETAP SKODENG SIKIT2...YELAH AKU MANE PRO PASAL IT NI..YG AKU TAU TULIS ENTRY JER...TRAFIK HAMPEH...HAHAH..BERBLOG SEBAB NAKMDUIT??? HAHAH AKU BERBLOG DAH HAMPIR 5 BULAN MASIH X DPT MERASA DUIT PUN...

Yuni Aisyah said... [Reply to comment]

isu panas skrg nie..mmg hot la..!! setuju dgn entry afiq..x perlulah kte bertelagah sbb perkara nie...yg salah tu hrp insaf la dr mempergunakan org lain..

Unknown said... [Reply to comment]

memang panas ... =)

Anep™ said... [Reply to comment]

huhu~ betol2, aku sokong statement ko nie. berblogging ni aku jadikan hobi jer..suke2, disamping tu bole kongsi dengan orang laen.

BLOG GEMPAKZ SIOT

suffer8zine said... [Reply to comment]

jadi la seorang blogger yg profesional

Terkini : Mengurangkan Kadar Kolesterol Dalam Dara?

RastaMat said... [Reply to comment]

i am non profit blogger..
tapi still si bebal-si bebal spam pasal trafik..
naseb baek awal2 lagi wa dah lock shoutbox..
so takdela ramai sangat annoying bastard yang spam..
sory my bad..
cursing words juz my therapy..
hahaha...

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@RastaMat
haha lama x nampak lu mat? wa tau lu non profit blogger. :D

ila ni said... [Reply to comment]

@Afiq Bukhari

wohh afiqbukhari has gone dot com!! patut la dah lama x naik nama blog afiq kat bloglist k'ila. tukar url doh..

tu lah. bersungguh sangat nak duit thru blog. padahal blog je pun, yang lebih utama habis terabai.

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@ila ni
haha da lame dah tukar url nih..lupe nk inform kat k'ila :D

adrinaqamarina said... [Reply to comment]

macam3 cara orang buat kalau nak hidup kat dunia ni. hehe.

caliph shuriken said... [Reply to comment]

semua bmula dr hati..
baik yg kita pilih, baik jgak kita dpt...

ASSOYFINGER67 said... [Reply to comment]

Im enjoy as a blogger dan aku suka kekalkan kawan2 aku...biasanya kawan2 aku adalah yg ikhlas berkawan dan sama2 naik sebagai blogger.aku tak kejar traffic tapi polis traffik yg kejar aku...weather u like or not u r one of my selected gang...huhu..untuk aku ..sempoiiii!

Shida Radzuan said... [Reply to comment]

xsgka pulak ada yang cmni eh mnipu dlm mngejar trafik..tah2 kat cbox shida sume cmtuh auto bw jew huhuhu..

Ammar said... [Reply to comment]

Traffik pun nak tipu jugak..ntah apa2 org zaman sekarang ni..buat sesuatu tak ikhlas.

Unknown said... [Reply to comment]

Firstly, aku nak bagitau satu sebab... aku tak buat semua ni tanpa sebab... kalau aku nak trafik tinggi2 bagai... aku tak perlukan kontroversi murahan... SEO dah memadai kat aku ang dan member2 lain pun tahu kan kan kan??

Tapi aku bongkarkan isu ni sebab aku mahu semua orang tahu...tahu bahawa mereka ini kena tipu hidup2 bulat2... dan aku berasa wajar untuk mengetengahkan isu ini.... Supaya mereka ini sedar dan tahu hakikat yang sebenarnya... Kebenaran mesti ditegakkan.. itu sahaja...

Dan untuk entry ang ni... ang pilih... nak mekdi ke nak pizza?? or ang nak makan kepci?? Miyahahahahaahaha.... Double ThumbsUp~!!!

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Pendekar Berkuda
tak banyak and x mahal pun aku mintak, pizza ngn mekdi dah ler hahaha

ko jgn riso..aku x menyebelahi mana2 pihak. aku di pihak yg tengah2. sebagai penguat tiang seri rumah ko je..ada paham? hahaha

anamizu said... [Reply to comment]

betol3..cik ana sokong..tak kemane sgt duit tu..mane de hasil yg nk dtg gedebuk cmtu je tanpa usaha..tapi dlm ramai2 manusia,mmg ade yg sggup guna cara ape pun,wlupun cara salah utk capai ape yg drg nak..
spesis cmtu kalo dpt,kite ketuk je reramai..hik3


recent post : |maksud tersirat pelekat P|

cikgu_aare said... [Reply to comment]

erm macam2la..tak pernah pulak terfikir nak buruk2kan orang dalam blog..blogging sekadar suka2..utk kak ellen,sbrla byk2..Tuhan tau yang sebenarnya..=)

Ecah Shafiee said... [Reply to comment]

yup..mmg isu panas..
tapi ecah malas nak kupas pasal ni kat blog..
pandai2 dorg lah nak pikir cmne..
pernah guna cara ni..traffik xdelah mencanak sangat berbanding kalau ada seo keywords..so, better carik idea macam mana nak dapatkan seo yang mantap..cara ni lg diterima masyarakat then kalau kita pandai ulas kasi lagi menarik..wah3..jadilah seperti ben,darkbatman, dahlia, affan ruslan and ramai lagi sbenarnya..

Unknown said... [Reply to comment]

@Afiq Bukhari

tamak tu weh... aku suh pilih satu...sekali ang pilih 2...hahahaha....

Lalala said... [Reply to comment]

kalau bukan dengan hati ikhlas lagi bermakna

Lalala said... [Reply to comment]

typing error.. buat ye bukannya nak taip bukan tadi..huhu

Dayat said... [Reply to comment]

Hi Afiq..lama dah rasanya x datang sini...dah lama x dengar perkembangan dunia blog ni

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Dayat
welcome back dayat :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Pendekar Berkuda
haha bukan selalu ko belanje aku :D

Cikmin said... [Reply to comment]

"isu ni takkan habis sampai bila2"..pada yang guna software ni..korang tak takkan dapat trafik dari cikmin okeh..sekarang ni cikmin hanya bagi trafik pada yang tinggal jejak dikotak komen..dan kalau dicetbox pun hanya yang sahih je..camne nak tahu yang sahih? pandai2 lah..hiks.. :P

p.s agak2 afiq yang guna sotware BW ni baca tak komen kat sini?

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Cikmin
hehe wallahualam.. kalau dorang bace pun, apa salahnya..bukan salah kita :)

RastaMat said... [Reply to comment]

@Pendekar Berkudawa nak dominos pizza..
hahaha..

mila said... [Reply to comment]

senang cete wt keje masing2 je kn..xpyh cara org len..ahakss

nuriz said... [Reply to comment]

Kalau dan salah dan menipu tu, kena le tegur, tegur elok elok je takda maki hamun , tak baik kita maki maki ni, setakat tu je le tegur, walaupun saya pernah disindir oleh pembuat software tu, saya tak serang balas org tu pun kalau kita diam dia pun diam ..selesai le

♥ ieRa ♥ said... [Reply to comment]

isu hangat sekarang...
LDF pun newboe lagi..tak tau nk ckp byk2..

saiful said... [Reply to comment]

ada baiknya tinggalkan komen dari jejak kat kotak jerit.

darkbatman said... [Reply to comment]

hahaha.. tibe2 ku rase bontot kepanasan.. rupenye dh jd isu.. bru je aie tau afiq.. hmm.. xtau nk kate ape..dua2 aie dh rase.. biler dh duk tempat 2, bru la tau sombong o x..heheetp otai je ke yg leh duk kat tempat hot?

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@saiful
betul jugak tu.sebab penulis lebih menghargai komen daripada tinggal jejak :D

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@darkbatman
haha sape2 je pun boleh duduk kat tempat hot.. cuma kena pandai buat pandai tanggung ehehe

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog