Selamat Tahun Baru 2011 dari AfiqBukhari.com

December 31, 2010

Assalamu'alaikum readers dan followers sekalian..

Aku sebagai tuan empunya AfiqBukhari.com ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua rakyat Malaysia. semoga tahun 2011 akan menjadi tahun yang lebih bermakna daripada tahun-tahun yang sebelumnya, insyaAllah.

Apa yang penting, semoga keamanan dan kemakmuran negara kita dapat dikekalkan dan aku harapkan pada tahun 2011 ini, Malaysia akan bertambah maju ke hadapan selari dengan negara-negara maju@membangun yang lain.

Dan aku juga mengharapkan yang diri kita sendiri dapat maju ke hadapan. maju dalam segala bidang termasuklah akhlak dan sahsiah diri. dan yang paling penting sekali, agama(Islam) jangan dilupa dan diabaikan. kumpul lah segala pahala sebagai bekalan apabila berada 'di sana'.

Malaysia Boleh! dan Selamat Tahun Baru 2011.

Psst~! Kurangkan persengketaan, kurangkan rasuah, kurangkan kemalangan, kurangkan politik murahan, kurangkan maksiat, dan kurangkan segala-galanya yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kesusahan kepada agama, bangsa dan negara.
34 komen bernas

Berhentilah sekejap...

Assalamu'alaikum readers...

Alhamdulillah dapat lagi aku berceloteh di ruangan afiqbukhari.com ni. kita tak tahu kan bila datangnya kiamat. kiamat yang akan berlaku bila-bila masa shj dari sekarang. aku bukannya ustaz mahupun tok imam yang bertauliah untuk memberi ceramah, tapi aku nak berkongsi salah satu firman Allah SWT dalam surah Al-Jumuah ayat 9..

“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Maknanya apabila azan dilaungkan dan tok imam naik ke mimbar, kaum muslimin diwajibkan untuk berhenti dari segala perkerjaan(jual beli, basuh kereta, tengok tv, study, dll) yang sedang dilakukan, dan terus menuju ke masjid untuk mendengar khutbah dan menunaikan solat jumaat. tetapi janganlah rushing sangat. pergilah solat jumaat dengan hati yang tenang dan khusyuk kerana rushing@jalan cepat-cepat untuk pergi solat adalah dilarang. sebab tulah kita digalakkan untuk pergi awal ke masjid.

Sumber - Kiamat Terjadi Hari Ju'mat

-----------------------------------

Okeh tadi aku terlewat untuk ke masjid sebab tertidur sekejap. bila sampai je di hadapan masjid, penuh dengan deretan kereta dan motorsikal di tepi jalan. tak seperti kebiasaan pada jumaat-jumaat yang lain. oh! hari ni kan cuti umum. memang berasak-asaklah manusia untuk masuk ke dalam masjid.

Di hadapan masjid ada, ada satu jalan yang menghubungkan satu taman ke satu taman. jalan tersebut bukanlah jalan utama. ada lagi satu jalan sebagai laluan alternatif. yang aku tak berapa faham, kenapa pemandu-pemandu bas awam dan lori besar nak lalu jugak kat situ? bukannya jalan besar pun. dahla tak berhenti untuk solat jumaat, pergi tambah sesakkan lagi jalan di hadapan masjid tu (pemandu Islam, muka selamba je bawak bas. padahal depan masjid. tak rasa bersalah langsung)

Aku bukan nak kutuk, nak caci ke apa. tapi bertimbang rasalah sikit. tak kiralah pemandu bas ke, lori ke.. orang lain nak pergi solat jumaat kumpul pahala, bukannya nak tambah dosa. kalau boleh, masa tok imam tengah baca  khutbah dan solat jumaat sedang berlangsung, berhentilah sekejap, solat sekali. tak pun bagi pemandu yang non-muslim, carilah jalan lain. bagilah laluan kat kaum muslimin yang nak solat jumaat ni. jangan lambatkan pergerakan dorang. elok-elok hati tengah tenang, tiba-tiba jadi marah dan geram. tak khusyuk dah macam tu, wallahualam..

Psst~! geram je rasa tengok muka-muka orang yang takde perasaan ni..
13 komen bernas

Ragam Sebelum Sambung Belajar

December 30, 2010

Assalamu'alaikum readers...

Penat sungguh hari ni berkejaran ke sana ke mari. esok(31 Disember 2010) dah cuti umum sempena kemenangan pasukan bola sepak Malaysia untuk Piala AFF Suzuki. so aku hanya ada masa satu hari ni je nak selesaikan semua benda sebelum berangkat ke negeri orang untuk sambung belajar.

Dari pagi lagi aku dah bergegas ke pejabat Kurnia Insurance untuk memperbaharui insurans kereta. selamat tak ramai orang. masuk-masuk je terus dapat renew. thanks to akak comey sebab mempercepatkan kerja-kerja saya *hehe tapi belum siap lagi. kena pergi pejabat pos plak untuk renew road tax. road tax kereta aku tamat tempoh pada 5/1/2011. better renew awal-awal, takut nanti bila dah sambung belajar tak sempat plak nak renew. jadi penjenayah kecilan sementara plak kang *huhu

Bila dah settle tu semua, kena pergi Celcom Center plak untuk subscribe Broadband. oh yer, sebelum ni aku ada buat perbandingan diantara Celcom Broadband dan Digi Broadband. so aku dah buat keputusan untuk melanggan Celcom Broadband. sebab apa? coverage celcom lagi meluas daripada coverage digi. aku tak kisah speed broadband tu laju atau slow, yang penting aku dapat melayari internet. thanks to Gombakmali kerana sudi  menemani aku mensubscribe bb tu *haha





YES!! year end sale! dah lama aku tunggu saat nih. aku takde duit nak pergi shopping masa harga barang belum discount. tapi bila dah discount, baru aku sibuk nak pergi beli. alah, aku bukan selalu shopping pun. setahun sekali je. nak nak akhir tahun ni kat Jaya Jusco. semua harga baju, seluar, belt, wallet, etc, jatuh sebab perkataan DISCOUNT. 70%! 50%! 30%! 10%! perghhh tak tahu nak beli yang mana satu.rambang mata beb!

Okeh bab baju, seluar, etc dah settle. sekarang tinggal kasut plak. tak payah pergi kedai mahal-mahal, masuk je kedai Bata tu. harga pun murah. berbaloi-baloi plak tu. kalau nak lagi berbaloi, cari kedai kasut nama Yebeng plak *hehe bab kasut ni, aku betul-betul surrender. kaki saiz 11 beb, besar tapak gajah. mana nak cari kasut saiz tu. ada tu memang ada. tapi setiap kali aku tanya, saiz kasut tu mesti habis. oh! ramai jugak yer yang kakinye bersaiz 11 *haha aku dah jumpa kasut yang aku nak tu dan saiznya pun ada. tapi yang tak bestnya, aku lupa nak double check saiz kasut tu masa nak bayar. aku just, SENYUM, BAYAR dan BLAH! sampai rumah baru aku perasan yang kasut baru aku tu bersaiz 10!! arghh malasnya nak pergi tukar zzz...

Tapi apa-apa pun, semuanya berjalan dengan lancar. jalan raya takdelah sesak sangat. Jaya Jusco pun takdelah sesak sangat. kedai kasut Bata pun takdelah sesak sangat. senang kata, aku berjaya menyettlekan semua kerja yang penting dalam masa satu hari. bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.


Psst~! esok nak pergi Giant plak, shopping untuk barang-barang rumah sewa..
25 komen bernas

The Best Follower 'Follow You Back' Award

Assalamu'alaikum readers..

Aku ingin merakamkan berjuta-juta penghargaan dan terima kasih kepada pasukan kebangsaan bola sepak Malaysia kerana telah berjaya membawa pulang piala kemenangan AFF Suzuki 2010. memang ini merupakan satu pencapaian terbaik buat Malaysia, dan oleh sebab itu juga, Perdana Menteri menghadiahkan negara Cuti Umum pada 31 Disember 2010. TAHNIAH MALAYSIA!!

Berbalik pada tajuk asal, afiqbukhari.com dianugerahkan lagi sebidang award yang yang diberi nama The Best Follower 'Follow You Back'. kali ni, award diberi oleh blogger fyezrahman. thanks a lot k. sebenarnya tiada paksaan pun dalam follow memfollow blog ni. kalau suka, follow lah. kalau tak suka, jadi silent reader pun dah kira baik sangat.



Psst~! hari ni nak kena setlekan road tax dan insurans(renew) kereta plak. pastu nak pergi subscribe broadband lagi.
17 komen bernas

Urine Test Dalam Gelap

December 29, 2010

Assalamualaikum readers...

Sebelum nak masuk belajar ni, biasalah kita kena buat medical check up. antara perkara yang paling best dalam medical check up ni, kita kena buat urine test. yeah, kencing dalam cup kecik. aku tak tahulah apa tujuan sebenar urine test ni. yang aku tahu, nak check penyalahgunaan dadah, check kandungan dalam badan samaada mengandung atau tak, nak check paras gula ke, protein ke, dll.. correct me if i'm wrong. saya budak yang tak pernah belajar secara mendalam dalam hal ni *haha

Nak dijadikan cerita, aku pergilah ke satu klinik swasta nak buat medical check up + x-ray. aku ingatkan kalau datang awal pagi, pesakit tak ramai. zzz sangkaan aku meleset. dah ramai yang menunggu dalam klinik. nak tak nak, aku terpaksa masuk jugak dan terpaksalah menunggu. medical check up kena siap hari ni jugak. malas dah nak tangguh.

----------------------------------------------

X-ray:
Setengah jam kemudian, nama aku dipanggil oleh satu brother..

'Afiq Bukhari, sila ke bilik X-ray. okeh, bukak baju, berdiri di situ. tarik nafas perlahan-lahan yer dan lepas... siap!!'

Eh sekejap je rupanya. aku ingatkan lama lah sangat nak buat x-ray ni. tapi yang tak bestnya, bila aku dah pakai baju, brother tu tanya aku dengan satu soalan..

'Masa x-ray tadi, kamu tarik nafas perlahan-lahan kan?'

Errr.. kenapa bila aku dah pakai baju baru nak tanya soalan tu? kan dah kena buat kerja 2 kali kalau x-ray tak menjadi zzzz. selamat x-ray aku tu ok dan normal. lain kali, tanyalah dulu sebelum kata 'siap'.

----------------------------------------------

Urine test:
Tak sampai sepuluh minit, nama aku dipanggil lagi..

'Afiq Bukhari, sila ambil cup ni dan pergi isi. lepas tu letakkan di dalam kotak ni..'

Agak malu sebenarnya bila berjalan-jalan di dalam klinik sambil memegang cup tu. tapi aku peduli apa. semua orang pernah kencing kot.. sampai je di tandas, aku termanggu seketika. mana satu tandas yang ok ni?

Tandas pertama:
di pintu tandas tertulis 'TANDAS LELAKI'. tapi takde lampu. gelap yang amat.

Tandas kedua:
di pintu tandas tertulis, 'TANDAS ROSAK'. tapi ada lampu.

Psst~! sila jangan tanya aku di mana tandas wanita...

Agak-agak korang, terutama kaum lelaki, korang nak masuk tandas yang mana? ini masih lagi dalam situasi nak buat urine test.

Aku nak masuk tandas lelaki tu. sebab di pintu tandas tak tertulis pun 'TANDAS ROSAK'. so dengan selambanya, aku pergi switch off semua suis lampu kat situ dan nak cuba buka semua lampu satu-persatu. time aku switch off lampu tu, aku terdengar seseorang mengeluh, errhmm! *haha rupa-rupanya ada auntie kat belakang tandas tu tengah berehat.

'Sorry auntie, saya nak buka lampu tandas ni, tapi tak tahu yang mana satu. itu yang saya tutup semua lampu *hehe'


'Auntie menjawab, eh kenapa you tutup semua? kan dah tak boleh buka semua lampu tandas.'


'haaaa??? macam mana ni auntie? saya kena buat urine test ni. tak kan tak boleh buka kot? abeh, kat mana saya nak pee ni?'


'Auntie menjawab, kejap yer, auntie nak pergi panggil seseorang yang boleh betulkan lampu ni.'


Zzzzz aku tunggu kat depan tandas tu. dalam hati berkata, 'tula Afiq, pandai sangat nak pergi tutup semua lampu. kan dah kena tunggu lagi'... tak sampai 5 minit, auntie tu datang dengan perkhabaran yang mendukacitakan aku. dia kata, 'that guy keluar pergi mana tah. so you terpaksa kencing dalam gelap.'

Hampeh!@#$%... sila jangan tanya aku macam mana aku dapat kencing dalam cup kecik tuh.

Psst2~! Alhamdulillah, dah selesai pun medical check up. tinggal nak shopping barang-barang lain plak sebelum masuk belajar ni.
33 komen bernas

Kamilah Blogger 2011 bersama Header Baru

December 27, 2010

Assalamu'alaikum readers.. tahun 2011 bakal tiba dalam masa beberapa hari je lagi. semakin dekat dengan tahun baru, semakin ramai yang berpusu-pusu mencari azam baru. aku harap segala azam korang untuk tahun 2010 tercapai dan bukannya tercapai dengan cara mat jenin.

Buat blogger pula, semakin dekat dengan tahun baru, semakin ligat mancari idea untuk mengdekorasikan blog masing-masing dengan sesuatu yang baru dan menarik, termasuklah aku sekali *haha  hasil kerahan idea my fellow blogger, Anishaway, maka terhasillah satu header baru yang awesome! thanks a lot to Anish sebab sudi lagi sekali create header baru untuk afiqbukhari.com. sketchy style~! i like it very much!!

Apa-apa pun, sebelum nak mengdekorasi tu, fikir dulu baik dan buruknya. jangan main 'boh' je. kang merana diri sendiri dan para pembaca *huhu

Shahazrin.com

Berbalik kepada topik utama, entry kali ni tentang segmen Kamilah Blogger 2011 hasil perahan idea oleh blogger Shahazrin.com. bagi aku, segmen ni memang bagus sebenarnya sebab ianya merupakan salah satu cara kepada blogger untuk mempromosikan blog masing-masing kepada blogger-blogger yang lain. dengan erti kata lain, dapat mengeratkan silaturrahim sesama blogger dan pembaca insyaAllah.

Oklah, memandangkan dah xde soalan untuk dijawab, aku nak tag 3 rakan blogger untuk turut bersama-sama aku menyertai segmen Kamilah Blogger 2011. dan blogger yang bertuah ialah:

Blog Anishaway
Blog Krole
Blog Ellen

Psst~! thanks to blogger Faizal Fredley sebab tag aku untuk segmen Kamilah Blogger 2011.

Psst2~! ntah dah berapa kali aku tukar header dalam masa setahun ni *haha
31 komen bernas

MALAYSIA BOLEH! 3-0!

December 26, 2010

Assalamu'alaikum.. khas untuk Negaraku yang tercinta, Malaysia dan juga kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Aku tak kisah malam ni Malaysia menang ke, kalah ke.. yang penting Malaysia dah pun berjaya menjejakkan kaki ke PUSINGAN AKHIR! untuk Piala AFF SUZUKI 2010. itu pun dah cukup untuk menaikkan nama Malaysia dalam arena bola sepak Asia, mungkin dalam dunia juga.


Google

MALAYSIA BOLEH!!! insyaAllah~! All the best wahai saudara-saudara senegaraku! tendang bola masuk gol k!


-----------------------------------------


TAHNIAHHHHH MALAYSIA!!!

- SAFEE SALI 2 GOL! minit ke-60 dan 72
- ASHAARI SHAMSUDDIN 1 GOL! minit ke-67


Psst~! bola itu bulat, macam-macam boleh jadi dalam masa 90 minit...

Psst2~! Malaysia ada harapan nak julang Piala AFF SUZUKI 2010 nih *yeah

Psst3~! 'malaysia cheat laser' - sepatutnya tak boleh buat camtu. suluh laser kat muka orang. kalau aku pun marah bila orang suluh laser. laser tu, bukannya torch light. sakit mata kot. buat malu negara jela wei. jangan ingat kita boleh jadi hero kalau buat macam tu. lagi mendatangkan kemarahan orang ade la.. apa-apa pun, gol malaysia bukan disebabkan laser :D
25 komen bernas

Semoga selamat sampai...

Assalamu'alaikum...

Entry ni khas untuk:

Kepada Zaerr, sila drive leklok. semoga selamat sampai ke tempat yang dituju.. kali ni biar habis terus. jangan fikir lain dah. kalau afiq boleh habiskan, tak kan ko tak boleh kot *hehe biar sama-sama naik 'pentas' nanti insyaAllah.

Tak lupa juga kepada umi dan abah, drive leklok dan semoga selamat sampai ke tempat yang dituju..

Yang penting jangan gopoh-gapah time drive. kalau nak memotong tu, make sure semuanya selamat dulu sebelum meroyan nak tekan pedal minyak. jangan potong double line! kalau mengantuk, berhenti rehat kat tepi tepi tepi tepi tepi x18 jalan. kenapa banyak sangat perkataan 'tepi'? sebabnya aku nak suruh berhenti rehat jauh daripada tepi jalan raya. kalau boleh, cari surau@masjid.

InsyaAllah kalian semua akan selamat sampai..

DOA NAIK KENDERAAN


Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

Warghhh bermulalah episod baru siri Home Alone Extended bagi aku.. orang-orang yang aku sebutkan di atas balik ke kampung atas tujuan yang murni. apa aku nak buat sepanjang ketiadaan mereka semua?

Anishaway, jadual makan minum kita nanti confirm hancur *haha diet jela kot. makan time lapar, minum time dahaga jela jawabnya. yess!

Kepada Gombakmali, sila-silalah bertandang ke rumah aku yerk. meriahkan lagi suasana yang bakal sunyi sepi selama 4 hari ni *huhu 


Psst~! semoga semuanya selamat..
18 komen bernas

Tak Menjawab Bukan Tandanya Sombong.

December 24, 2010

Sedang anda berjalan, secara tiba-tiba anda terserempak dengan seorang sahabat lama dari sekolah menengah..

Anda terus menyapanya. bersalam dan bertanyakan khabar.

"Kau buat apa sekarang ni ek? kerja ke?"

Si polan membisu seribu bahasa... lalu dia terus mengangkat jari telunjuknya lalu meletakkan di atas kedua-dua bibir.

Apakah maksudnya?

Google


Apelah kau nih.. kan tok imam tengah baca khutbah jumaat tu.. lagha kot berkata-kata time khutbah disampaikan..

Anda berlalu sambil menundukkan kepala tanda malu dan jahil buat seketika, yakni dengan kata lain anda terlupa buat seketika tentang hukum-hakam agama kerana terlalu excited untuk menegur sahabat lama...

Macam mana dengan pahala jumaat pada hari itu?

Sumber - Berkata-kata Ketika Imam Membaca Khutbah (Bahru Al-Madzi)

Psst~! tak menjawab bukan tandanya sombong, tetapi menghormati segala ajaran dan hukum didalam agama Islam.
29 komen bernas

Segmen Jom Berkenalan Dengan Afiq

December 23, 2010

Assalamu'alaikum readers.. kali ni aku nak tulis entry berkenaan dengan segmen Jom Berkenalan yang telah ditag oleh saudara Belalang kepada aku. dan tuan empunya segmen ni ialah saudara Cikgu Akim.



Apakah status anda?
Aku seorang pelajar yang sedang menuntut ilmu duniawi dan ilmu akhirat. dan aku juga seorang manusia yang berstatus 'single' *haha dulu pernah berstatus 'in a relationship' tapi tak kekal lama. mungkin sebab tak serasi *huhu... dan bakal bergelar seorang suami jika sampai masanya nanti (lambat lagi rasanya)

Ceritakan tentang diri anda.
Aku ni anak lelaki sulung daripada 4 beradik. aku ni suka makan apa shj yang dihidang di depan mata kecuali babi, anjing, kutu, katak, hidupan 2 alam, daging manusia, makanan haram, minuman yang melalaikan, dadah, ubat batuk, dll yang seangkatan.

Ceritakan tentang blog anda.
Blog aku ni bersifat peribadi. tiada langsung menyentuh hal peribadi orang lain. aku berhak untuk menulis apa yang aku nak tulis. segala jenis cerita panjang atau pendek yang ada dalam blog ini memang 100% hasil ciptaan aku. kecuali ada sesetengah yang aku ambil dari ruangan lain untuk dikongsikan bersama tanda ingatan bersama.

Apakah pandangan anda tentang dunia blog?
Dunia blog ni luas. sesiapa shj boleh menulis blog tak kira baby, budak sekolah, ibu-ibu, bapa-bapa, pekerja am, board of director, ketua negara, ahli ekonomi, sasterawan negara, dll. senang kata, semua orang tak kira jantina/umur/kaum/agama boleh menulis di dalam blog. lebih ramai yang menulis di dalam blog, lebih banyaklah genre blog akan muncul seperti peribadi, berita, cerita, gosip, artis, hal dunia, politik, dll. bagi aku, sesiapa yang kreatif dan bersemangat waja, macam-macam benefit akan terhasil dengan sendirinya nanti.

Nasihat anda kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog.
Sebelum nak buat blog tu, fikir dulu apa matlamat dan tujuan sebenar kita. positif ke negatif. kalau nak buat blog yang menyakitkan hati dan menyusahkan orang lain, baik lupakan. tak kan kekal lama. percayalah. tapi kalau untuk berkongsi sesuatu yang baik dengan masyarakat dan dunia, dipersilakan.

Nyatakan keunikkan yang terdapat pada blog anda.
Err tak kan aku nak jawab kot. segan la plak rasa *hehe korang godek-godek sendiri la ek. tak kenal, maka tak cintalah afiqbukhari.com

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Sampai aku dah tak larat nak menaip *hehe maybe aku tak kan berhenti daripada dunia blog sebab aku dah terbiasa nak kongsi dengan readers macam-macam hal yang menarik insyaAllah. impian aku pula nak jadi seorang blogger yang humble.


Aku nak tag segmen Jom Berkenalan kepada,
blog GombakMali
blog Aibaks
blog Mish
blog Bulan

Psst~! korang kenal tak 40 jiran depan/belakang/kanan/kiri rumah korang? ke tak pernah nak ambil tahu langsung?

26 komen bernas

Celcom Broadband atau DiGi Broadband?

Assalamu'alaikum readers.. aku dah nak masuk belajar ni. so nak tanya sikit especially kepada pengguna-pengguna broadband. agak-agak, rangkaian broadband mana yang terbaik. Celcom atau Digi?

Harga langganan nak dekat sama dah untuk tiap-tiap bulan. aku nak langgan pakej yang murah-murah je dulu sebagai pengenalan. lepas tu kalau betul-betul berminat dan puas hati, baru aku upgrade pakej.


Celcom Broadband = RM 48/month (diskaun potongan sebanyak RM10 selama 6 bulan pertama shj), speed 384kbps untuk the whole day rasanya..


DiGi Broadband = RM 38/month, speed 700kbps (from7am-7pm). bila masuk waktu malam, speed terus turun jadi 128kbps.

Masalah utama aku sebelum nak melanggan broadband ni, network coverage. orang kata, coverage Celcom broadband ni terbaik! bila duduk di kawasan luar bandar. tapi Digi broadband plak terbaik! di kawasan bandar. betul ke semua tu? ada sebarang komen?

Tempat belajar aku tu betul-betul di kawasan bandar. aku dah check network coverage (tempat aku belajar) dalam laman web Celcom dan DiGi. kedua-duanya dapat full signal di kawasan bandar. tapi untuk di kawasan luar bandar plak, DiGi kurang, Celcom adela sikit. so sekarang aku dalam dilema.

Apa pendapat korang? kalau boleh aku nak tahu pasal network coverage je, mana yang terbaik untuk aku langgan. maybe aku tak duduk setempat. takut-takut kena pergi ke kawasan luar bandar ke...

Psst~! streamyx dah langgan. sekarang nak cuba broadband plak.
24 komen bernas

Angkara Banjir Lagi

December 21, 2010

Assalamu'alaikum readers... sekarang ni musim hujan. hujan selebat-lebatnya mencurah-curah ke permukaan bumi. kalau banjir disebabkan hujan lebat, manusia boleh terima lagi sebab itu kejadian alam ciptaan Allah SWT. tapi kalau banjir disebabkan kerakusan manusia(pembinaan), oh! sakit hati.



Tengok tuh. sampaikan bumper depan kereta aku pun boleh patah disebabkan banjir. padahal aku drive slow je time redah banjir tu. betapa kuatnya kuasa air subhanallah. tapi siapa penyebab banjir ni? manusia sendirilah yang sibuk nak naikkan bangunan sana, rumah situ, kedai sini. dah la tempat tu sesak. ditambah pulak kesesakkan dengan kawasan pembinaan yang baru.

Sekadar gambar hiasan.


Sudah-sudahlah tu nak kejar keuntungan. banyak lagi tempat lain yang kosong dan selamat untuk dimajukan. Malaysia ni bukannya kecil sangat pun. tak kan dah lupa dengan peristiwa Highland Towers kot??

Psst~! mana nak cari duit ganti bumper kereta tu? nuffnang pun tak bagi lagi buffer yang baru *hehe
27 komen bernas

Sambung Belajar

December 20, 2010

Assalamu'alaikum readers...

Penantian aku memang berbaloi.

Aku dapat tawaran untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, di UiTM.

Kos apa? biarlah menjadi rahsia. yang penting aku dapat sambung belajar.

Kat UiTM mana? UiTM mana-mana pun sama je. yang penting aku dapat sambung belajar *hehe

Psst~! alhamdulillah :) sorry lah yer entry pendek je *huhu
52 komen bernas

Cuti-cuti Bersama Plankton

December 19, 2010

Assalamualaikum readers.. penat bercuti tak habis lagi. tapi terus mengadap blog. betapa sayangnya aku kepada blog afiqbukhari.com ni. siapa tak sayang blog sendiri kan.

Oh ye, pada sesiapa yang perasan kenapa aku tak balas jejak dan komen dalam 2-3 hari lepas, aku minta maaf banyak-banyak kerana pergi bercuti di Port Dickson. yela, selepas 'Penantian Yang sungguh Berbaloi', aku seharusnya layak untuk pergi bercuti merehatkan minda dan mencari ketenangan jiwa di samping menghiburkan diri sendiri bersama kawan-kawan.

Alasan lain untuk tidak membalas jejak dan komen - aku tidak punya broadband.

Thanks kepada family kawanku yang sudi menanggung segala perbelanjaan ketika berada di sana. tempoyak ikan bilis itu memang sedap apabila dijamah dengan nasi, plus sardin bersalutkan roti. hidangan tersebut memang layan habis setelah puas berendam badan di tepian pantai bersama ribuan plankton yang ligat menujahkan gigi masing-masing ke dalam badan. habis gatal-gatal zzz...

Google

Psst~! aku tak pandai berenang. setakat 3-4 kuak tu bolehla *haha
24 komen bernas

You Are A Great Writter!

December 18, 2010

Assalamu'alaikum readers.. sihat? alhamdulillah. tapi blog aku ni tak sihat sejak bertukar dari sistem No Follow kepada Do Follow.


Apa kata aku kepada cik anonymous ni?


Komen untuk entry Hantu Join Sekaki Time Jamming
Apa maklumat yang berguna cik anon dapat daripada entry ni? siap nak hantar kat kawan suruh baca lagi. thanks yer tolong promote. tapi...

Komen untuk entry Blog Berat? Skrin LCD lebar atau sempit?
Untuk 3 patah perkataan yang terawal tu, aku x tahu apa maksud dia. tapi ayat yang selepas tu buat hidung aku kembang kempis menarik nafas keraguan. apela yang nak direspectkan sangat dengan afiqbukhari.com. tapi...

Komen untuk entry Uncle Punya Blog Kasi Aku Award
I am a GREAT WRITTER! yes, I admit it. kau nak nombor phone aku ke? kau nak hire aku sebagai apa ni? bayaran macam mana plak. kurang dari RM5K aku x nak. terang-terang kau sendiri yang cakap aku great writter. so no wonderla aku demand. tapi...

Tapi tu semua SPAM je. inilah risiko yang aku kena tanggung kalau blog bertukar dari sistem No Follow kepada Do Follow. kedua-dua sistem follow ni ada pro dan kontra masing-masing. kalau bloggers nak tahu dengan lebih lanjut tentang maksud sebenar No Follow dan Do Follow ni, meh masuk sini, MAKSUD DOFOLLOW NOFOLLOW BLOG/WEB.

Sebenarnya aku dapat banyak komen-komen daripada cik anonymous ni. tapi malas nak layan. kalau komennya tu kena dengan tajuk dan isi entry, baru aku tick as a Not Spam. kalau komen tu merepek tak tentu pasal, terus aku Delete. macam mana nak tapis/moderate komen plak? senang je, meh  masuk sini, Fungsi Terbaru Blogspot - Comment Inbox.

Psst~! mesti ramai bloggers yang dapat komen-komen macam aku ni kan. so pesanan aku, 'pandai buat, pandai tanggung'...
15 komen bernas

Dulu jahat, Sekarang baik.

December 17, 2010

Assalamu'alaikum readers.. semua manusia pernah melakukan kejahatan dan kesilapan kan. termasuklah aku ni. nak kata aku ni jahat, tak dela jahat. so apa salahnya kalau kejahatan tu dijadikan sebagai satu pengajaran untuk masa hadapan. yang penting janganlah nak ulang balik kejahatan yang kita pernah buat tu. tak jadi apa beb kalau ada niat nak berubah pun!

Google

Aku terpanggil untuk berkongsi dengan korang satu cerita yang aku dah pendam lama sangat. masa tu aku salah seorang pelajar matriks di universiti sekitar Kuala Lumpur. nak dijadikan certia, masa belajar kat situ, student dilarang sama sekali untuk membawa masuk kereta/motor. tapi aku degil, aku bawa masuk jugak motor. so untuk melepaskan diri daripada pemeriksaan 'pak guard' setiap kali aku melalui pintu masuk utama, aku terpaksa mencari jalan untuk meloloskan diri. dan jalan penyelesaiannya adalah dengan menampal 'sticker kenderaan' pada motor aku! tapi macam mana aku nak tampal sedangkan kitorang memang dah diwarning awal-awal tak boleh bawa masuk kenderaan.

Pada satu hari, lepas habis kelas, aku dan si polan bersiap untuk pulang ke hostel. sedang aku leka nak menghidupkan enjin motor, si polan ni tiba-tiba terjumpa 'sticker kenderaan(khas untuk motor)' di atas jalan. orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. pepatah tu khas untuk si polan kerana dialah yang beriya-iya suruh aku ambil sticker tu. nak tak nak, demi untuk melepaskan diri daripada pak guard, aku pun ambil dan terus pulang ke hostel.

Setibanya di hostel, operasi pengubahsuaian pun bermula. masa nak modify sticker tu, aku terkejut kerana terdapat dua nombor pendaftaran yang berlainan tertempek di atas seticker tu. maksudnya, sebelum ni pun, sticker tu pernah dicuri! tapi aku ketepikan pendapat aku tu. niat jahat diteruskan juga. dengan jayanya, sticker tersebut sudah pun tertampal di motor aku.

Google

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. pada malamnya sebelum aku nak pergi beli makan malam, aku dapati sekumpulan manusia sedang mengerumuni motor aku. 'sah dah kantoi!'. nak tahu sebab apa boleh kantoi? hostel yang aku duduk tu, memang khas untuk pelajar-pelajar matriks sahaja. so pelajar matriks mana plak yang dapat kebenaran untuk parking motor dalam kawasan hostel(kebiasaannya aku park motor di luar kawasan hostel). siap bertampal sticker plak tu. kesudahannya aku terpaksa mengaku yang motor tu aku punya dan aku dikompaun sebanyak RM20 tetapi dengan syarat, aku kena laporkan diri di pejabat pak guard pada setiap hari Selasa dan Khamis sepanjang sesi pembelajaran *wuuu

Sebenarnya dorang ambil serius perkara-perkara macam ni dan kebetulan, pada masa tu dah berlaku sebanyak 60+ kes kecurian sticker kenderaan di dalam kawasan universiti tersebut. dan mereka menuduh aku yang mencuri sticker-sticker tersebut. boss segala boss pak guard universiti tu cakap, aku boleh dikenakan tindakan dibuang dari sesi pembelajaran dan mana-mana universiti tak kan ambil aku sebagai pelajar di universiti mereka. down gila aku masa tu *zzzz tetapi akhirnya aku dilepaskan kerana didapati tidak bersalah atas dasar aku sebagai seorang manusia yang tidak tahu apa-apa pada masa tu. alhamdulillah..

Psst~! salahkah aku sebenarnya?? *haha memang aku bersalah kerana ikut je apa orang suruh tanpa berfikir dahulu. aku insaf selepas kejadian tersebut. kalau nak belajar tu, buat cara nak belajar *huhu
22 komen bernas

Salah ke aku jadi budak-budak?

December 16, 2010

Assalamu'alaikum readers.. aku dah besar panjang. tapi still kebudak-budakkan. why? sebabnya aku lom kahwin lagi. apa kena mengena? ntah.

Dah besar panjang pun still nak berperangai macam budak kecil. eh tak salah pun. contohnya pasangan suami isteri. cuba perhatikan gerak-geri dorang ketika dalam sesi bermanja(bukan '18sx', tapi 'Umum'). romantik tak? kalau salah seorang merajuk macam mana plak? tak ke merajuk macam budak-budak nak disuruh dipujuk rayu *hehe

Macam mana plak dengan pasangan kekasih? 2X5 jugak. cubit-cubit sana, tampar-tampar sini, tumbuk-tumbuk situ.. suara matang tu terus berubah menjadi suara budak kecil bila dalam mood romantik. 'alah you ni..', 'alah you too..', 'you yang mula dulu..', 'ape plak i, you la.. eeee'.. desyumm! satu das melekat kat pipi. gaduh-gaduh pun, berbaik semula lepas tu. samalah macam perangai budak-budak.

Google

Sesetengah budak-budak ni kalau marah/gaduh sekejap je. bila dah puas menangis, dah puas hentak kaki tangan kepala, dia senyap sendiri. lepas tu buat muka macam xde apa yang berlaku. budak-budak manala tahu nak berdendam, cara nak menahan marah, menangis, dll. apa yang dorang tahu, segala perasaan tu terbang macam tu je. macam pepatah mat saleh ni, 'let bygones be bygones'. apa yang lepas tu, lepaslah. tak payahla nak diungkit-ungkit bagai.

Lagi satu, best sebenarnya bila kita bersikap kebudak-budakkan ni. masa kita budak-budak dulu, ada ke kena fikir pasal kerja, assignment, task, meeting, duit, dll? seingat aku, xde rasanya. apa yang aku ingat, happy GO lucky! siang malam dok bermain. main main main. tapi bila dah besar panjang ni, siang malam dok stress. stress stress stress!

So apa salahnya untuk bersikap kebudak-budakkan. atleast kita boleh melupakan segala bebanan yang sedang ligat berputar di dalam kepala. lupakan hal dewasa seketika.. tapi janganlah kebudak-budakkan tak kena pada tempat dan masanya. silap-silap haribulan, budak-budak plak yang akan tulis entry macam ni kepada orang dewasa zzzz...

Psst~! header baru aku tu nampak macam budak-budak tak? *haha peduli apa aku, yang penting aku puas dan enjoy! mehla jadi budak-budak sat :D
35 komen bernas

Blog Mesra Pengguna

December 14, 2010

Assalamualaikum readers.. jujur aku katakan yang blog aku ni simple mimple je. dan aku x mengharap sangat nak suruh orang puji dan bagi penghargaan untuk blog afiqbukhari.com ni.. tapi aku terharu sebab ada pihak yang sudi memberikan penghargaan besar kepada afiqbukhari.com.

Aku dapat satu komen daripada seorang  blogger ni yang mengatakan blog aku merupakan calon top 5 kategori anugerah Blog Mesra Pengguna 2010, Alhamdulillah kalau itu yang membuatkan para pembaca rasa. aku anggap ianya adalah satu penghargaan yang begitu besar yang pernah aku dapat selama setahun aku bertapak dalam dunia blog. walaupun bukan secara official, memerlukan undi dan sebagainya, aku tetap menghargainya.

Dan paling tak sangka bila blogger tersebut telah menilai sendiri blog-blog yang tercalon ni dengan pemberian markah untuk Tanggapan Pertama, Banner, Widgets, Topografi dan rekabentuk, Maklumat dan Hiburan, dan akhir sekali Keluwesan.. err apa maksud keluwesan ek? *hehe so dengan adanya segala pemarkahan tersebut, blog aku antara yang layak untuk menerima anugerah ni dengan peratusan sebanyak 67%.


Alhamdulillah dan thanks again kepada blogger Zetchi Henry kerana sudi memberi anugerah kepada blog aku yang tak seberapa ni. banyak je lagi blog-blog yang cantik, kemas, gempak dan dll. dan tahniah juga kepada 4 calon anugerah Blog Mesra Pengguna yang lain iaitu;


Psst~! perghhh dah macam ucapan untuk artis baru paling popular la plak *haha
32 komen bernas

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Assalamualaikum semua.. aku masih dalam keadaan terkejut sekarang ni. rakan sepembelajaran kolej aku telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada tanggal 13 Disember 2010. tak sangka Allahyarham pergi dengan cara yang macam tu. walaupun aku tak akrab dengan Allahyarham, dia tetap kawan aku.

Al-fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman, InsyaAllah..

Dan takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham..

Sumber myMetro


KUALA LUMPUR: Niat murni seorang anak gadis untuk membelikan kereta kepada ibunya tidak kesampaian apabila dia terbunuh dalam keadaan mengerikan akibat digilis sebuah lori hingga separuh tubuhnya hancur. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, Nor Azima Abdul Aziz, 22, maut di tempat kejadian selepas bahagian perut hingga kakinya digilis lori seberat kira-kira lima tan berhampiran Perpustakaan Negara, Jalan Tun Razak. Read more...

Psst~! yang pergi tetap pergi, jangan sesekali ditangisi pemergiannya...
21 komen bernas

Jom Jawab Survey Mudah!

December 13, 2010

Assalamualaikum semua.. jom jawab survey daripada blogger mah@mahu. senang-senang je soalannya..


Kat bawah ni screenshot diantara soalan-soalan dan jawapan-jawapan yang disediakan oleh empunya blog mah@mahuso kat bawah ni juga adalah jawapan-jawapan aku kepada soalan-soalannya...




1) Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang? - Nokia


2) Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang? - Compaq


3) Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang? - Panasonic


4) Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang? - Streamyx


5) Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekrang? Padini/PDI


6) Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan? - Mcdonald


7) Di manakan gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi? - Giant


8)  Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar? - SinarFM


9) Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton? - Astro Ria


10) Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang? - Hugo


11) Apakah jenis majalah yang anda selalu baca? - Mastika


Okeh dah siap jawap. perghhh antara jawapan-jawapan yang disertakan, betul-betul di luar kemampuan aku. tapi aku tetap pilih jawapan yang aku perrrrrrrnah beli tersebut (walaupun jarang-jarang masuk kedai) dan yang paling penting, jawapan yang aku bagi tu semuanya betul.


Kalau nak jawab survey nih, meh masuk sini, Mudah Sahaja Hanya Jawab - [Pengumuman]


Psst~! tak susah pun nak jawab survey. tak sesusah nak menjawab soalan peperiksaan..
7 komen bernas

Bagaimana Untuk Menangkap Gambar(screenshot) Di Dalam Laman Web Menggunakan Mozilla Firefox?

December 12, 2010

Assalamualaikum semua. kali ni aku nak berkongsi satu tutorial bagaimana untuk menangkap gambar secara 'print screen@webpage screenshot' di dalam laman web tanpa perlu menggunakan telefon bimbit berkamera mahupun kamera.

Ramai yang suka mencuba kaedah secara manual untuk menangkap gambar di dalam laman web seperti kaedah 'print screen button(dekstop)' dan 'fn+print screen button(laptop)'. tetapi cara tu merumitkan sebab kita perlu buka software untuk mengedit gambar, klik button New page, Paste, Edit dan Save. barulah kita akan mendapat sekeping gambar untuk di upload ke dalam blog..

Pada sesiapa yang menggunakan browser 'mozilla firefox', anda hanya perlu follow step di bawah:


1. Download extensions Google Chrome - Meet the Screen Capture Elite Developer dan Install

2. Klik 'Add to Firefox' dan Install Now.


3. Restart Firefox

4. Apabila extension tersebut sudah di install, halakan mouse cursor anda ke bahagian menu tab di atas browser dan klik ikon screen capture elite. Terdapat 3 cara untuk menangkap gambar di dalam laman web seperti Capture complete pageCapture visible page dan Capture selection on page. Cuba klik capture complete page sebagai contoh.

5. Anda klik 'Save as' dan tentukan di mana anda ingin menyimpan gambar tersebut. Disarankan supaya save dalam satu folder yang khas supaya tidak keliru, dan Klik Save. Selepas tu, bolehlah upload gambar macam biasa. senang kan?

Apalagi, cuba lah 'bermain-main' dengan extension tu. tak kenal, maka tak cinta kan? cuba tangkap gambar dengan cara Capture visible page dan Capture selection on page plak.

Sebenarnya banyak je extensions yang lain untuk screenshot@screen capture. tapi aku hanya pernah cuba yang ni je. so pada siapa2 yang nak cuba extension lain, boleh masuk laman web ni,

Add-ons for Firefox - screen capture

Anda menggunakan browser Google Chrome? Klik sini, Bagaimana Untuk Menangkap Gambar(screenshot) Di Dalam Laman Web Menggunakan Google Chrome?
14 komen bernas

Bagaimana Untuk Menangkap Gambar(screenshot) Di Dalam Laman Web Menggunakan Google Chrome?

Assalamualaikum semua. kali ni aku nak berkongsi satu tutorial bagaimana untuk menangkap gambar secara 'print screen@webpage screenshot' di dalam laman web tanpa perlu menggunakan telefon bimbit berkamera mahupun kamera.

Ramai yang suka mencuba kaedah secara manual untuk menangkap gambar di dalam laman web seperti kaedah 'print screen button(dekstop)' dan 'fn+print screen button(laptop)'. tetapi cara tu merumitkan sebab kita perlu buka software untuk mengedit gambar, klik button New page, Paste, Edit dan Save. barulah kita akan mendapat sekeping gambar untuk di upload ke dalam blog..

Pada sesiapa yang menggunakan browser 'google chrome', anda hanya perlu follow step di bawah:

1. Download extensions Google Chrome - Awesome Screenshot: Capture & Annotate dan Install



2. Apabila extension tersebut sudah di install, halakan mouse cursor anda ke bahagian atas penjuru kanan page dan klik ikon awesome screenshot. Terdapat 3 cara untuk menangkap gambar di dalam laman web seperti Capture Visible Part of Page, Capture Selected Area dan Capture Entire Page. Cuba klik capture visible part of page sebagai contoh.

3. Apabila gambar sudah ditangkap, anda akan dibawa masuk ke dalam satu halaman yang baru untuk sesi 'editing the picture', di mana anda boleh mengubahsuai gambar tersebut. Klik pada gambar untuk tumbesaran.

4. Gambar sudah di'edit? Klik Done dan Save gambar tersebut ke dalam dekstop atau laptop anda. Selepas tu, bolehlah upload gambar macam biasa. senang kan?

Apalagi, cuba lah 'bermain-main' dengan extension tu. tak kenal, maka tak cinta kan? cuba tangkap gambar dengan cara Capture Selected Area dan Capture Entire Page plak.

Apa kelebihan extension Awesome Screenshot ni?


  1. Capture or clip visible part
  2. Capture selected area
  3. Capture entire page
  4. Support  PNG format
  5. Support shortcuts (Check the extension Options)
  6. Support  horizontal scroll when capturing


Anda menggunakan browser Mozilla Firefox? Klik sini, Bagaimana Untuk Menangkap Gambar(screenshot) Di Dalam Laman Web Menggunakan Mozilla Firefox?

Psst~! aku suka guna cara ni sebab mudah dan mudah...
10 komen bernas

Blogfriends Award - QARR JALIL

Assalamu'alaikum semua.. kali ni afiqbukhari.com dapat award daripada blogger yang menggelarkan dirinya sebagai QARR JALIL, owner kepada blog yang diberi nama TheFirstofMe. katanya award ni dibuat sebagai tanda penghargaan dan terima kasih tak terhingga kepada follower-follower blognya.

Kepada Qarr Jalil, aku ingin ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menghadiahkan 'Blogfriends Award' ni kepada afiqbukhari.com.. kau kata award kau kurang cantik, tapi bagi aku, perfect sangat lah. aku suka warna hijau tu. nampak ranggi :D thnks again bro. and your welcome.


Photobucket


Korang dah pernah masuk blog Qarr Jalil? tryla masuk. aku jamin lappy korang tak kan tersangkut-sangkut sebab blog dia ringan dan tak banyak rambu-ramba *hehe kat bawah ni aku lampirkan sekali snapshot blog dia. klik pada gambar untuk terus ke laman TheFirstofMe.







Psst~! again and again, thnks bro Qarr Jalil.
4 komen bernas

Adab Ketika Menonton Televisyen

December 11, 2010

Assalamu'alaikum semua.. apa yang anda tahu pasal adab dan sopan-santun ketika menonton televisyen?


 Adakah ini?

  • Berdiri di hadapan televisyen (membelakangkan penonton-penonton yang lain)
  • 8 daripada 10 orang sedang menonton televisyen, manakala lagi 2 orang sedang berbual dengan rancak dan kuat volumenya.
  • Bertanyakan soalan yang tidak munasabah seperti, " apa jadi lepas ni ek?, kenapa dia khawin dengan lelaki tu?"
  • Secara tiba-tiba, anda mencapai remote control dan terus menukar rancangan semasa kepada rancangan yang lain tanpa meminta izin.
  • Anda ingin switch off plug phone charger, tapi apa yang anda switch off adalah televisyen.

Jawapan aku untuk kelakuan anda ialah:

  • baguslah berdiri depan televisyen. kitorang memang nak tengok susuk tubuh dan punggung kau yang mengiurkan tu.
  • eh, kita sedang bermeeting ke ni? xtawla plak aku datenya hari ni.
  • sekejap.. aku nak call director dan penulis skrip.. ermm kau nak tahu pasal apa lagi? Ahmad Idham on the phone nih..
  • memang itulah fungsi sebenar remote control.
  • err mulut ada kan? boleh x ringankan bibir dan lidah tu untuk bertanya soalan macam ni. "plug televisyen yang mana satu eh? aku nak swith off televisyen ni.."

Satu je yang dapat aku listkan untuk adab ketika menonton televisyen, Tolonglah hormat orang sikit..

Psst~! distraction zzz...
14 komen bernas

Penantian Yang Sungguh Berbaloi

December 10, 2010

Alhamdulillah.. nervous aku berbaloi.



Baru balik dari Seremban... time drive tadi, fikiran bercelaru memikirkan bila la boleh dapat tau result exam. dan macam mana nak cek result time drive? arghh x boleh jadi. den angkat phone, taip message and send to my lecturer. then she replied to me..

"Eh..da tamat dah kan? hehe"  .............. maksudnya? .......... aku buat-buat tak paham.

Yeke miss??? selamat tak brek mengejut. terkejut kegembiraan punya pasal *yeah!! dah lama aku tunggu saat ni. saat melepaskan diri dari kolej bagai sang rerama terbang bebas setelah terkongkong lama didalam kepompong.

Nak harapkan UiTM, sampai bila lah dia nak 'visiblekan' balik button examination result dengan mini transkrip. tapi xpe lah. atleast aku dah tau yang aku dah boleh grad, alhamdulillah.

Psst~! tunggu result nak sambung degree plak..
53 komen bernas

Aksi Corner Baring Yang Terlampau

Salam.. aku dah bosan gabra bagai nak gila menantikan result exam. so untuk menghilangkan sedikit kegabraan tu, meh layan video yang aku curi dari laman youtube.

Pada yang tidak lemah semangat, digalakkan untuk menonton video di bawah bersama ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang lain.





Psst~! secara kesimpulannya, corner baringlah dalam litar.
12 komen bernas

Sindrom Atas Talian

December 9, 2010

Wuuu..

Aku tak suka betul nak tempuh saat-saat macam ni...

Saat-saat yang teramat penting kepada seorang manusia yang bergelar pelajar...

Saat untuk mengetahui keputusan peperiksaan secara ONLINE...


Tapi..............


Dah la server slow...

Student berjuta-juta.. please tambah lagi 18 ratus server...

Student boleh kena heart-attack kalau setiap kali nak check exam result, kena nervous sampai nak terberak pun tak lalu...

Google

Harap-harap apa yang aku sedang nervouskan ni berbaloi...

UPDATE:
Patutla tak leh masuk langsung student portal UiTM, hanya untuk TESTING je.. cehh.. selamat blogger Ferd komen awal-awal. katanye,

to those yang da complete SuFo tapi system cakap still ta complete please check again after 9p.m sebab system akan update 9p.m ni. official result keluar esok pagi. td diaorg just testing display ok ke tak and skrg ni server da tutup.

Alahai, sapa la yang gatal mulut pergi hebohkan benda-benda yang hanya dalam percubaan ni. buat aku nerveous tak bertempat je *huhu pada yang dah dapat check result tu, tahniah aku ucapkan. korang dah tak payah nak serabut kepala otak memikirkan bila lah boleh LOG IN ni *haha

Psst~! ini rayuan seorang pelajar kepada tempat pembelajarannya...

Psst2~! insyaAllah kawan-kawan sekolej(yang pernah deal dengan aku) dapat merasa murtabak biskut.
24 komen bernas

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

December 8, 2010

 
Salam semua.. kalau dah ada header bro ben dalam entry ni, mesti beliau buat dah buat satu segmen ataupun satu perubahan yang besar dalam blog beliau. oh ok, terus ke isi utama. Bro Ben nak bubar semua kategori bloglist dalam blog beliau kerana (alasannya sila baca disini).

Nampaknya bro ben dah maju lagi setapak dalam dunia blog. lebih teratur dan efisien kalau dibuat begitu. dan insyaAllah, afiqbukhari.com akan sentiasa aktif dengan cerita-cerita terbaru.

Psst~! sesiapa yang berminat nak masuk dalam senarai bloglist Ben Ashaari, sila lah melawat ke laman INI.
11 komen bernas

Facebook Fan Page Untuk AfiqBukhari.com

Salam semua. aku pasti ramai di kalangan blogger dan pembaca mempunyai akaun facebook sebagai medium untuk mengetengahkan sesuatu tulisan yang bersifat peribadi, pengetahuan dan segala maklumat yang boleh mendatangkan keburukan kebaikan.

Oleh itu, aku dengan rendah dirinya telah mewujudkan satu page khas untuk AfiqBukhari.com di facebook sebagai tanda mengikuti perkembangan semasa *lol walaupun outdated, aku tetap optimis dalam membuat sesuatu keputusan untuk kebaikan masa depan AfiqBukhari.com.


Ingin menyokong AfiqBukhari.com? SILA KE SINI - AfiqBukhari.com Facebook Fan Page

Kalau berminat, silalah 'like'. kalau tak berminat, aku tak paksa pun. yang penting, ikhlas dan berminat. sebelum terlupa, box untuk like page AfiqBukhari.com ni aku selitkan dalam page Exchange Banner & Chatbox. atau pun korang semua boleh terus klik icon 'Find us on Facebook' di ruangan sidebar.



Psst~! dah lama aku pasang niat nak buat facebook fan page ni. akhirnya tercapai jua. so sebagai permulaan, akulah orang pertama yang 'like' page AfiqBukhari.com *haha


Psst2~! aku terdengar desas-desus mengatakan yang kerajaan Malaysia nak haramkan Facebook. cehh aku baru je create fan page nih. zzz.. tapi kalau untuk kebaikan apa salahnya. tak mati pun manusia kalau tak ada akaun facebook.
19 komen bernas

T-Shirt Design Competition - Disember 2010

December 7, 2010

Masih ingat lagi dengan contest design t-shirt online?

T-SHIRT DESIGN COMPETITION - IMAGINASI DAN REALITI


Pemenang untuk bulan November 2010 sudah pun dipilih. dan pemenangnya ialah Muhammad Fikri Bin Omar. dan 2 lagi peserta dipilih sebagai penerima hadiah untuk design bertuah dan mereka adalah Mohd Marzuki Ahmad dan Omarulaill Azmi Bin Majid. tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Tema Design untuk Disember 2010

Dan tema untuk bulan Disember 2010 ialah INTERNET. "Anda boleh menggunakan apa sahaja yang berkaitan dengan internet untuk imaginasi anda ke atas t-shirt. Sebagai contoh, anda boleh gunakan segala icon dan gambar yang berkaitan internet sebagai design anda. Pendek kata, apa sahaja yang terlintas di fikiran anda berkaitan internet, layak menyertai pertandingan design untuk bulan ini." So tunggu apa lagi? jom kerah otak untuk design something yang kreatif buat t-shirt bertuah anda. :D

Hadiah

Ingin aku tekankan sekali lagi, para pemenang akan menerima:

* Wang tunai RM 100
* Sehelai T-shirt dengan rekaan design pemenang itu sendiri.
* 10% hasil jualan online t-shirt tersebut (royalti atas jualan online)
* Gambar pemenang bersama T-shirt yang dimenangi akan diabadikan dalam blog ini dan website showroom khas yang akan diberitahu kelak.

Peserta/Design bertuah yang terpilih (2 orang sahaja) :

* Sehelai T-shirt dengan rekaan design sendiri
* 5% hasil jualan online t-shirt tersebut (royalti atas jualan online)

Hadiah/Ganjaran Khas :

Rekaan paling menarik dan meraih jualan online tertinggi sepanjang tahun akan mendapat hadiah khas iaitu percutian 3 hari 2 malam (pakej untuk 2 orang) di destinasi yang menarik.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


T-SHIRT DESIGN CONTEST
8 komen bernas

Indahnya Hidup Bersyariat dan Salam Maal Hijrah 1432

Salam maal hijrah yang ke 1432 buat semua pembaca yang beragama Islam.. Alhamdulillah mata kita still terbuka untuk melihat dunia pada tanggal 1 Muharram. hari yang penuh bersejarah pernah berlaku dalam kalendar Islam, di mana ketika tarikh ini pada suatu masa dahulu, Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah untuk menyebarkan ajaran Islam.

Aku harap kalian semua dah membaca doa akhir dan awal tahun untuk tahun baru Islam ini kerana sesiapa yang membaca doa-doa tersebut, syaitan akan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

InsyaAllah doa-doa kita semua dimakbulkan olehNya.. tanamkan azam dan pasangkan niat yang baru untuk tahun 1432H. semoga segala amalan dan perbuatan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini diredhai olehNya. amin~

----

Bondaku bertanya, dah baca ke doa awal dan akhir tahun? aku anggukkan kepala tanda 'sudah baca'..

Dan dia bertanya lagi. doa-doa tu jumpa kat mana? aku menjawab dalam internet, hasil daripada berblog dan blogwalking.. Alhamdulillah..

Sesudah Isyak, bondaku mengetuk pintu bilik dan menghulurkan sebuah buku...

Indahnya Hidup Bersyariat

Aku baca satu-persatu isi kandungannya.. banyak ilmu tentang Islam yang dapat aku pelajari dan kukuhi dari buku tersebut. memang kenalah dengan deskripsi bukunya, 'Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat SEPANJANG HAYAT'.  kalau kalian semua nak beli, dipersilakan. memang berbaloi dan kalian x kan rugi sesen pun.. buku ini hasil garapan daripada Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid.

Indahnya Hidup Bersyariat - Facebook

Psst~! Thanks Umi kerana memperkenalkan buku ni...
18 komen bernas

BlogLarian Bakal PECAH TRAFIK

December 6, 2010

As-salam kepada semua pembaca. tatkala aku sedang menaip entry ini, telinga sedang mendengar beberapa rangkap bibit-bibit cinta daripada rancangan tv How I Met Your Mother. betapa gilanya aku dengan cerita tu. walaupun berunsurkan 18sx sedikit, tapi humournya lebih. itulah sebab utama aku menontonnya, untuk bergelak ketawa seorang diri.


Kalian semua mesti tahu gambar apakah di atas ini? kecoh dalam sehari dua dengan larian anak-anak daripada para-para blogger untuk menyertai segmen terbaru yang bakal 'pecah trafik' buat blog masing-masing. aku terlihat segmen ni dari blog bro Darkbatman dan sis Dahlia. ohh blogger otai pun join. so apa salahnya aku pun join walaupun tidak di tag oleh siapa-siapa.. ataupun mungkin aku lupa siapakah yang pernah tag aku untuk sertai segmen ini.

"Aku suka berblogwalking kerana dengan blogwalking ini lah trafik afiqbukhari.com mencanak-canak naik mencecah awan kumulonimbus. di samping dapat memperkenalkan blog yang x seberapa hebat ni kepada blogger-blogger yang lain. dengan berblogwalking jugalah aku dapat mengetahui sesuatu informasi yang aku x kan dapat kalau x blogwalking. bak kata pepatah, berlari-lari anak, jangan sampai tertinggal anak. ??? Dan dengan berblogwalking jugaklah aku dapat menambah rakan di alam maya disamping berkongsi sesuatu yang amat bermakna. apakah dia? join segmen ni dulu, baru tahu."

Dengan rasa bangga dirinya, aku memilih Gombakmali, Zaerr, Kak Izan dan Syatoza untuk sama-sama menyertai aku menyertai segmen BlogLarian ini..

Psst~! skema tahap pendekar la plak ayat-ayat aku untuk entry kali ni. zzz... eh, jom join segmen ni, BlogLarian. best tuu.. try tengok gambar kat bawah ni plak.. refferal banyak kot.. x rugi la kalau join.. jom join~!

Sumber dari bacto.blogspot.com
APA YANG ANDA KENA LAKUKAN UNTUK JOIN SEGMEN INI? MUDA SAHAJA. SILA KLIK DI SINI.

Psst2~! nak sambung tengok cerita How I Met Your Mother balik...
40 komen bernas