Home » , , » Kau Memang Derhaka

Kau Memang Derhaka

October 16, 2010

kalau...
Budak kecil tegur kesalahan kau, tapi kau selingkan mereka dengan satu ayat, ' kau budak kecik lagi, apa kau tau pasal dunia ni!'.. kau silap di situ. teguran mereka lebih keterbukaan dan lebih ikhlas daripada teguran rakan-rakan yang sentiasa merapati kau. budak kecil sentiasa bercakap benar kerana mereka masih belum kenal lagi apa itu maksud ketidakjujuran.

kalau...
Kawan tegur kesalahan kau, tapi kau angkat jari hantu kepada mereka. weh, member tu punyala baik nak tegur kesalahan kau, tapi kau plak macam lahanat. kau kata dia dengki dengan kau. kau kata dia sibuk urusan kau. dalam kubur nanti, siapa lagi yang nak sibukkan urusan kau? ular besar? bersedialah dengan soalan, MARABBUKA?

kalau...
Cikgu tegur kesalahan kau, tapi kau buat bodoh. ada dua sebab kenapa kau buat bodoh. pertama kau still lagi hormat cikgu tu sebab takut dia akan failkan kau dan sebab yang kedua, kau memang sengaja nak mencabar cikgu tu supaya dia bengang bila kau buat bodoh. dan jangan kau ingat kau yang akan menang dalam cabaran bodoh kau tu. A+ dalam genggaman cikgu, tapi F dalam tangan kau. pilih sendiri mana yang kau nak.

kalau...
Adik beradik tegur kesalahan kau, tapi kau ego, kau emosi, kau merajuk. kau boleh buat semua tu sebab mereka adik beradik kau. kau salah. adik beradik lebih lama mengenali kau daripada kawan-kawan kau yang kat luar tu. mereka lebih tau apa yang baik dan apa yang buruk untuk kau.

kalau...
Mak bapak tegur kesalahan kau, kau mendengus sebab kau xsuka ditegur. kau hentak kaki, kau hentak semuanya dan kau melawan kata. syurga di bawah tapak kaki ibu. maknanya kau mendengus untuk menyemarakkan lagi api neraka yang memang dah sedia marak untuk kau.

kalau...
Allah sendiri yang menegur kau?

Psst~! ikhlas dari hati aku untuk diri aku sendiri dan untuk korang jugak *senyum

24 komen bernas:

anim said... [Reply to comment]

menbuat seseorang mula berfikir untuk melakukan sesuatu yang tak baik bile kene tegur , thumbs up ! :D

CIK TOM said... [Reply to comment]

woww..tue je cik tom leh katakan..(senyum sorang2)

zahidah dihaz said... [Reply to comment]

insaf kejap...=)

suffer8zine said... [Reply to comment]

entri mcm marah je bro, nice entri!

Izan Ishak said... [Reply to comment]

tq utk n3 ni afiq...ingatan utk kita semua~~
thumbs up!

Kalamhati said... [Reply to comment]

tq sbb kejut akak dr lamunan..agar tidak leka..buat akal berfikir..=)

tehr said... [Reply to comment]

kalau Allah tegur, dah lama kiok
...sentiasa mengharapkan rahmat dan kasih sayangNYA

XYZ said... [Reply to comment]

sempoi la fiq ayt ni yg suke =)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@suffer8zine
eh xdela.. dah niat aku nak menulis camtu hehe :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Izan Ishak
thnkx kak izan :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@tehr
aminnn~ :)

Anonymous said... [Reply to comment]

kalau Allah tegur tu tanda Dia nak bagi peluang lg..untung la..kalau mati terus? jawab le dlm kubur..huhu.teringat lak mse2 zaman2 memberontak dulu..sbb xdpt mkn aiskrim hentak kaki..wakaka! sngt buduss..skrg beli aje sudah.. :P

Yuyu Ali said... [Reply to comment]

afiq bukhari....:)

ok sekian komen dri saya :P

NuSaNa NoSa 91 said... [Reply to comment]

kalau ati kecil sendiri yg menegur.. tp kita wt tatau je... cmne tu?? =.=

Unknown said... [Reply to comment]

bagus fiq...
aku skang ni makin malas nak study la..next wik final...
bagi la nasihat sikit

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@Azmi
h0h0 aku bukn ustaz nk bg ceramah :) kadang2 aku pn malas nk study, just muhasabah diri tu dan sebab apa kita study.. untuk orang lain? untuk diri sendiri? untuk mak bapak? untuk suka2? atau untuk Allah? :)

Afiq Bukhari said... [Reply to comment]

@NuSaNa NoSa 91
ade something wrong dgn diri kite tu :)

Suhaimi@Pakmi said... [Reply to comment]

terima semua teguran dgn positif walaupun kadang2 mengguris hati

Unknown said... [Reply to comment]

@Afiq Bukhari
hoho...thenks

ghost said... [Reply to comment]

Kalau Tuhan tegur..ko tak perlu hentak..sbb ko yg akan tersentak(utk orang yg tak suka ditegur)

akubiomed said... [Reply to comment]

Sebagai orang muda kita perlu respect yang makan garam dahulu dari kita. Kekadang-kadang rumah kata pergi kubur kata mari pun tak sedor-sedor

p[A]n[A]d[O]L said... [Reply to comment]

orang xkn tegur kalo dia x prihatin
so, orang tegur kt coz dia sayang kat kita..
hehehe

ASSOYFINGER67 said... [Reply to comment]

Jika api neraka itu sendiri patuh pada NYA apa bnagusnya kao...so..simpanlah sifat api dalam badan kita dan tanamkan sifat akur pada yang benar,akuilah kesalahan sendiri jika ia benar dan janganlah akhiri diri kita sebagai penderhaka pada Pencipta kita...jumpa disana...disana....

Unknown said... [Reply to comment]

terpana jap..tq AB...peringantan yg amt mujarab sekali...

Katakan sesuatu...

This Is A Do-Follow Blog