Assalamu'alaikum...
Artikel kali ni mungkin agak panjang sikit. tetapi ada info yang menarik di dalamnya. sila baca sampai habis :)
Sejak aku mendedahkan nama sebenar aku kepada umum(
bajet artis la plak), ramai yang bertanya, aku ni adik
Saiful Bukhari ke? haha korang neh, asal nama aku ada Bukhari je, korang nak kaitkan ngn dia ek... dia saudara aku la.
kami berdua saudara Islam. ;p
Aku nak cerita sikitla macam mana aku leh dapat nama Afiq Bukhari. x silap aku, mak bapak aku nak letak Afiq ni sebab bermula dengan huruf
A. kenapa eh? yess! mesti ada sebabkan.. sebab
A ni huruf yang pertama sekali dalam susunan huruf. kalau waktu sekolah dulu, nama aku yang paling atas sekali. time nak amek kehadiran, aku terus angkat tangan awal2 sebab dah tau cikgu akan panggil nama sapa dulu. tapi kalau bab kena sport check student lak, aku jugakla yang kena check dulu.. wakakaka!!
Ok, asal nama bukhari plak, bapak aku masa tu baru balik outstation dari Turkestan x silap aku. kat sana dia pergi melawat
makam Imam al-Bukhari. so bila aku lahir, nama Afiq je yang mak bapak aku bagi. tapi terlampau la pendek la plak. so bapak aku la yang tambah Bukhari kat belakang tu. ehehe thnkx abah n umi. sedap nama tu..
Sikap negatif aku - masa sekolah dulu, aku x suka orang panggil aku dengan gelaran Bukhari. sebabnya, bila dorang taw nama aku ada Bukhari, mesti di ejeknya aku, '
eh, bau kari la'. kong hasam korang. masa tu mentaliti masih kebudak2kan lagi. suma pakat ejek nama2 yang pelik. haha dorang x taw sapa sebenarnye Bukhari mase tu termasuklah aku ;p hehe sekarang ni da xde da macam tu. aku rasa bertuah plak sebab memiliki nama Bukhari, alhamdulillah.
Itulah sedikit sebanyak penerangan tentang nama aku. nama yang akan sentiasa terpahat dalam diri aku sehingga aku dipanggil menjemput Illahi nanti. ni ada info sedikit tentang
Imam al-Bukhari, khas untuk korang sebagai informasi tambahan..
------------------------------------------
Kelahiran
Imam Bukhari (810 – 870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).
Latar belakang
Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Turkestan. Bapanya meninggal dunia semasa ia masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban apa sahaja untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau.
Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah s.a.w.
Pengajian Hadis
Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan dia memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., dan selepas itu buku sejarah bertajuk "Al-Tarikh-al-Kabir".
Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan lain-lain tempat untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.
Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunnah hadis Rasulullah s.a.w.. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata "Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w., dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan."
Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan, dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Dia merakamkan hadis Rasulullah s.a.w. dalam buku "Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.
Diusir dari Bokhara
Kepopularan Imam Bukhari menimbulkan perasaan iri hati di kalangan beberapa orang ulama yang akhirnya mengakibatkan beliau diusir dari bumi Bukhara oleh Gabenornya. Dia mati dalam buangan pada malam Aidilfitri dalam tahun 256 Hijrah di Khartank dekat Samarkand. [1] Makam Imam Al-Bukhari terletak 12 kilometer di utara Samarkand.
------------------------------------------
psst~! korang bangga x dengan nama korang sendiri?